Select Page
  • 2.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.2K
    Shares

Nama penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin masih lagi menjadi perbualan peminat.

Apatah lagi dengan kelahiran si pipi merah, Siti Aafiyah Khalid yang dinanti lebih 10 tahun.

Semalam, Siti sempat berkongsi di laman Instagram miliknya mengenai keisitimewaan bulan Rejab (bulan Islam) baginya.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bulan ALLAH yang istimewa ini, bulan Rejab saya menyambut ulang tahun perkahwinan (ikut kalendar Islam) iaitu pada 27 Rejab.

“Tarikh itu juga bersamaan dengan peristiwa Israk Mikraj dan 1 Rejab kelahiran cahaya mata saya, Siti Aafiyah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Siti juga sempat memanjatkan doa supaya semua orang mendapat keberkatan bulan yang mulia ini.

“Semoga ALLAH SWT kurniakan keberkatan buat kita semua di bulan yang mulia ini. Selamat berhujung minggu,” tulisnya.

Pada MH, perkongsian Siti sangat bagus dan memberikan peringatan kepada yang lain. Semoga masyatakat dapat keberkatan bulan Rejab ini.

Sumber: IG CTDK

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: