Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad mengakui mahu mencabar diri dengan menerbitkan program di bawah produksi sendiri. Kongsinya kepada MH, penubuhan Nabil Ahmad Productions adalah salah satu alternatif buatnya untuk melihat sejauh mana kebolehan diri, sekali gus menjadi antara aset buatnya untuk terus bertahan lama dalam industri.

“Ya, saya mahu cabar diri untuk tengok sejauh mana boleh pergi. Tidak lama lagi, kami juga akan terbitkan sebuah telemovie. Kalau nak diikutkan, sudah lama saya mahu terbitkan rancangan sendiri dan Alhamdulillah, impian tersebut berjaya di realisasikan. Boleh dikatakan, ini juga merupakan salah satu cara untuk saya explore dan extend kreativiti idea. Kalau nak tunggu peluang buat itu dan ini dari orang lain, sampai bila, betul tak?

 

“Jadi bila ada peluang dengan menubuhkan produksi sendiri, kita boleh lakukan apa yang disukai, dengan mengambil kira soal kualiti sesebuah rancangan,” ujar Nabil optimis.

“Bukanlah Mahu Bersara Terus. Cuma Hanya Mahu Slow Down…” – Nabil Ahmad

IKLAN

Katanya lagi, penglibatannya dalam dunia penerbitan ini sebenarnya bukanlah satu signal bahawa dia mahu mengundur diri dalam dunia lawak dan pengacaraan secara drastik.

IKLAN
IKLAN

“Sebenarnya saya bukanlah mahu bersara terus. Cuma saya hanya mahu slow down. Itu pun dalam lakonan. Tawaran memanglah ada tapi mengenangkan hal komitmen dan masa, jadi saya terpaksa tolak pelawaan tersebut secara baik. Begitu juga dengan dunia lawak. Saya dah buat macam-macam. Jadi untuk fasa sekarang, saya lebih selesa untuk buat lawak untuk orang lain persembahkan. Misalnya dalam penulisan skrip, menerbitkan program lawak dan sebagainya.

 

“Minat saya lebih ke situ sekarang. Tapi saya buat setakat mana yang mampu sajalah. Tidak akan berjaya produksi ini tanpa adanya sokongan dari team produksi dan peminat. Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus memberikan sokongan,” akhiribekas juara Raja Lawak musim kedua ini.

Foto: Astro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI