Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyanyi Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri didakwa berpelukan bersama seorang gadis menjadi bualan netizen selepas foto itu tersebar di media sosial.

Gambar yang tular di media sosial itu menampakkan seolah-olah gadis itu sedang lentok menyandar di dada Aiman.

Namun, andaian itu ditepis Aiman yang berkata kedudukan kamera itu menyebabkan mereka nampak seperti berpelukan.

“Mungkin sisi kamera yang menampakkan seakan-akan saya memeluknya,” kata Aiman

Dalam pada itu, Aiman juga berharap agar peminat tidak salah faham dan membuat andaian sendiri mengenai dia dan gadis yang dikenali Syarana itu.

Bagaimanapun, Aiman mengaku bahawa lelaki di dalam gambar tersebut adalah dia, dan Syarana. Namun, dengan keras menolak dakwaan mereka berpelukan.

Malah, penyanyi berusia 19 tahun itu juga terkejut apabila gambar yang diambil itu tersebar sedangkan ianya sudah lama dirakamkan.

Kemesraan yang dipamerkan mereka juga mencetuskan bualan kerana ramai menganggap Syarana mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ku Hanya Sayang Padamu.

Penyanyi yang sedang rancak membina nama itu menegaskan dia masih solo dan belum bertemu gadis idaman.

Dalam pada itu, Aiman juga berkata akan lebih berhati-hati apabila bergambar dan akan mengehadkan pergaulan dengan orang luar.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin sebab saya terlalu peramah dan mudah berkawan, takut orang salah faham sahaja,” katanya.

Sumber : Mstar Online

 

 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "