Masih hangat lagi dengan kisah Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa. Ramai yang tidak sabar ingin mengetahui apakah yang terjadi sebenarnya.

Oleh itu semalam, Hafiz telah membuat video live di Insta Story menjelaskan sedikit apa yang sebenarnya berlaku.

Hafiz menjangkakan pada kemungkinan minggu depan dia akan beri kenyataan berhubung kemelut yang melanda antara dirinya dan isterinya itu.

Pun begitu, Hafiz menegaskan bahawa ia tiada kaitan dengan hal rumah tangga, ada perkara lain. 

“Sebenarnya ada isu pokok yang kami tidak beritahu orang ramai kerana bagi saya tak penting tapi setelah macam-macam terjadi. Namun, saya minta maaf bukan saya ingin timbulkan spekulasi, tetapi ada kekangan yang menyebabkan saya tidak boleh katakan sekarang ini kerana melibatkan berberapa pihak lain. Itu sahaja saya boleh katakan,”ujarnya akan menjelaskan secara terperinci nanti.

Hafiz juga menjawab soalan mengenai kononnya dia suka bercerita di laman sosial, jawab Hafiz, dia sendiri memang tiada mendedahkan hal rumah tangga sendiri dan berbuat apa-apa perkara yang menyebabkan orang bercakap mengenainya.

IKLAN

“Pada saya, hal ini mungkin orang tafsir berbeza dan memberi unsur-unsur fitnah. Saya bersikap positif dan saya tidak rasakan benda ini sebagai bukan satu bebanan untuk saya.

 

 

“Saya juga ada keluarga, syarikat, perniagaan dan kawan-kawan. Saya pun nakkan yang terbaik untuk keluarga saya. Saya juga tak nak panjangkan isu ini dan ingin jernihkan keadaaan,” jelasnya. 

Hafiz turut meminta maaf jika ada yang kurang merasa senang dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya kini.

“Terima kasih bagi semangat dan dorongan kepada saya. Saya juga ingin memohon maaf, “ujarnya lagi.

Ada juga peminat yang memberikan pendapat supaya Hafiz dan Joy duduk berbincang.

IKLAN

Jelas Hafiz,dia dan Joy telah beberapa kali berbincang namun tetapi nampaknya banyak pihak memanipulasi apa yang dia mahupun isteri muatnaik dalam Instagram.

Hafiz juga berkata, dia juga tak ingin masalah ini berlarutan pada bulan baik, lebih-lebih lagi akan meyambut Hari Raya Aidiladha serta mahu meraikan kemenangan dalam ibadah korban tidak lama lagi.

IKLAN

Video tersebut mendapat perhatian pengikut laman sosial apabila ramai yang memberi kata-kata semangat terhadapnya dan ramai berharap Hafiz dan Joy dapat bersatu kembali.

Tidak kurang juga yang ada individu yang turut menulis komen seolah-olah menuduh Hafiz tidak pandai menjaga aib sendiri.

‘Bukan Isu Rumah Tangga, Ada Perkara lain’ –  Hafiz Hamidun

“Die ni bangang ke apa..orang yang ilmu agama tak tinggi pun tahu jaga aib” ujar seorang individu di ruangan komen.

Hafiz bagaimanapun tidak mendiamkan diri sebaliknya terus membalas komen tersebut,

“Terpulang, kalau nak cakap pasal ilmu agama, saya bukan ustaz atau alim ulamak. Saya masih belajar, terpulang apa nak kata. Semua yang baik datang dari Alalh, semua kejahilan dari saya sendiri.” katanya yang juga sempat memohon maaf kepada semua peminatnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI