Ada sahaja cerita sensasi mengenai aktres cantik Rozita Che Wan dengan suaminya Zain Saidin.

Pastinya rumah tangga mereka dicemburui ramai oleh kerana sifat romantis mereka.

Begitu juga dengan isu yang dipersoalkan peminat ketika ini iaitu mengenai gambar yang dimuat naik di Instagram milik ibu kepada tiga orang anak ini.

Sebelum ini Che Ta dan Zain Saidin dikecam memuatnaik gambar bercumbuan di di tepi pantai Mykonos, Greece mengundang pelbagai reaksi kurang senang peminat yang melihat.

Oleh kerana kontroversi yang lalu, Che Ta telah menulis hashtag terlebih dahulu, bukan bercium tapi berbisik supaya tidak mencetuskan reaksi negatif peminat sekali lagi.

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Gambar yang menunjukkan Che Ta dan suami, Zain Saidin berdiri di Kawah Putih, Bandung, Indonesia ini juga dihujani ribuan komen negatif dan positif daripada pengikut setianya.

Menerusi gambar tersebut jelas terpancar saat romantis dan kebahgiaan Che ta bersama suami tercinta.Sememangnya pasangan ini suka ‘berbulan madu’ di luar negara.

IKLAN

Foto yang dimuatnaik ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Macam biasalah, ada yang menyokong tak kurang juga yang memberikan nasihat.

Pelbagai komen dicurahkan di ruangan komen gambar tersebut. Ada netizen berkata mereka pasangan paling cantik dan sepadan.Tak kurang juga yang berkata aura Che Ta yang cantik, menjadikan pemandangan di Bandung nampak seperti Eropah.

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Di samping itu, ada juga peminat yang mempertahankan tindakan pelakon cantik tersebut yang berkata mereka berdua merupakan suami isteri dan tidak salahnya sekiranya sudah halal sebagai pasangan suami isteri.

IKLAN

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Namun, tak kurang juga rasa yang kurang senang dengan tindakan pelakon itu dan menasihati pelakon itu supaya tidak melakukan aksi ‘kurang senonoh’ biarpun sudah berkahwin.

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Sebagai selebriti memang akan sering dikritik dan dikecam jika ada saja yang tidak kena di mata peminat. Memang susah nak puaskan hati semua pihak. 

IKLAN

 

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

Bukan Bercium Tapi Berbisik – Che Ta

 

Foto : Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI