Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan pilihan, malah ianya dijadikan teman penghibur hati. Apatah lagi dianggap sebagai pembawa rezeki.

Sebut mengenai kucing, pastinya Bujibu Chempel menjadi sebutan kucing paling popular di Malaysia. Kucing milik Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini berwajah ‘kacak’ dan selalu menjadi ‘bahan’ usikan pemiliknya dengan keterangan gambar yang melucukan.

 Justeru tidak hairanlah apabila di Instagramnya kini mencecah hampir 945 ribu pengikut. 

Jika anda mengikuti Instagram kucing ini, ada-ada sahaja aksi yang dilakukan dengan caption yang kelakar. Bujibu juga sering memperlihatkan wajahnya yang sombong dan bongkak menjadi pesona semula jadi kucing itu. Berasal dari Ukraine, Rusia dan dari baka British Short Hair, tidak hairanlah bujibu begitu comel. Menurut Hanis, dia mendapatkan Bujibu dari papa kucing terkenal, @johanandhiscats.

Sekiranya ada entri yang baru dimuatnaik, pastinya di ruangan komen instagram milik kucing itu dihujani pelbagai reaksi pengikutnya yang sentiasa menunggu telatah kucing itu, ada sahaja yang menghiburkan hati.

IKLAN

Bujibu juga salah satu pengerat hubungan mereka sekeluarga lebih-lebih lagi mereka mengelarkan Bujibu sebagai abang kepada Yusuf.Kini, Bujibu perlu berebut mendapat perhatian di Instagram kerana populariti Yusuf Iskandar kini lebih terserlah.

Jom kita lihat telatah comel Bujibu Chempel ini

 

IKLAN

Bujibu Chempel, dianggap abang kepada Yusuf Iskandar

Bujibu Chempel, dianggap abang kepada Yusuf Iskandar

IKLAN

Bujibu Chempel, dianggap abang kepada Yusuf Iskandar

Bujibu Chempel, dianggap abang kepada Yusuf Iskandar

Bujibu Chempel, dianggap abang kepada Yusuf Iskandar

Apeni

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI