Wow! Siapa sangka seekor haiwan peliharaan milik pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen berasal dari Rusia itu, kini sudah mempunyai sebanyak sejuta pengikut menerusi laman Instagram!

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

Akaun Instagram kucing berbaka British Short Hair yang dibuka pada awal tahun 2016 itu telah dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Menerusi entri terkini akuan @bujibuchempel, sekeping foto Bujibu yang telah diedit dengan emoji satu juta dimuat naik bersama kapsyen seperti berikut:

“Tak minta pun follow I,” seloroh kapsyen tersebut.

Tak minta pun follow I

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

Seperti kebiasaan, entri tersebut telah dipenuhi dengan komen-komen yang memuji rupa Bujibu yang seolah tiada perasaan.

IKLAN

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

Kini, usia Bujibu hampir mencecah tiga tahun dan dianggap ‘abang sulung’ kepada Yusuf Iskandar sejak tahun 2015 lagi.

IKLAN

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

Mempunyai 416 gambar di Instagram setakat ini adalah untuk menceritakan mengenai perjalanan kucing itu semenjak dipelihara oleh pasangan itu.

Disebabkan populariti luar biasa yang dimiliki oleh Bujibu menerusi Instagram, kucing ini juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Meletop Era 2017 dalam kategori Si Cilik Meletop, namun tewas di tangan Yusuf.

IKLAN

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

Akaun Instagram anak mereka, @theyusufiskandar juga berjaya meraih pengikut mencecah satu juta pengguna pada hujung Februari lalu.

Nampak apa yang dibuat Hanis dan Hairul semuanya dapat mencuri perhatian. Ternyata populariti pasangan ini begitu luar biasa.

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

Bujibu, Mengalahkan Populariti Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI