Terkejut MH baca tentang remaja zaman sekarang. Bukan sahaja mengamalkan gaya hidup yang terlalu bebas, malah mereka juga mengamalkan kehidupan luar tabii.

Terbaru, seorang remaja lelaki bawah umur berusia 14 tahun telah ditahan oleh polis kerana meliwat seorang warga OKU di Gemas dalam sebuah masjid.

Kejadian terbongkar apabila salah seorang ahli jawatan kuasa (AJK) masjid memberitahunya apa yang terjadi kepada abangnya awal pagi lalu sebaik sahaja mangsa mengadu sakit dibahagian punggung dan memaklumkan kepada AJK apa yang telah dilakukan oleh suspek terhadapnya.

Tanpa berlengah, si adik terus melaporkan kejadian tersebut ke Balai Polis Gemas.

IKLAN

Buang Tabiat, Remaja Gay 14 Tahun Liwat OKU 30-an Di Masjid!

Melalui laporan sebuah akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata suspek merupakan seorang pelajar sekolah dan telah ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Mangsa telah dibawa ke hospital Tampin untuk pemeriksaan dan menurut doktor, hasil pemeriksaan mengesahkan ada kesan luka pada dubur mangsa di sebabkan objek tumpul berkemungkinan kemaluan suspek.

IKLAN

Tambahnya, mangsa yang OKU masalah pembelajaran menceritakan kepada AJK, suspek memaksanya meniarap sebelum melakukan perbuatan keji tersebut.

Semua yang terjadi dapat dirakam melalui CCTV di masjid tersebut dan merupakan kejadian pertama yang berlaku.

IKLAN

Selain dirogol, mangsa juga ‘dirompak’ oleh remaja berkenaan dengan mencuri duit RM3 milik mangsa.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI