Baru-baru ini netizen telah membuat satu permintaan iaitu supaya pelakon terkenal, Bront Palarae untuk menjadi pengulas sukan seperti watak yang dilakonkannya di dalam filem Ola Bola.

Antara tweet yang mendapat perhatian ramai ialah daripada Along Pinot yang kini tweetnya itu telah di retweet sebanyak hampir 34,000 kali oleh pengguna twitter dan rata-rata mereka bersetuju.

“Kami mahu @Bront_Palarae menjadi pengulas final Sukan SEA. Please make it happen @Khairykj,” tulisnya di twitter.

Malah, mereka juga berpendapat walaupun di dalam Ola Bola mereka hanya sekadar mengikut skrip tetapi percaya Bront pasti boleh menaikkan lagi semangat penonton.

Bukan sahaja pengguna sosial media, malah rakan-rakan selebriti juga turut bersetuju dan berharap Bront mampu menyahut cabaran ini contoh seperti Sharifah Amani dan Remy Ishak.

IKLAN

Walau bagaimanapun Bront kurang bersetuju dan menganggap itu hanyalah sekadar pandangan orang awam, namun tetap mengambil cadangan itu sebagai satu pujian.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Bront juga menganggap ia sesuatu yang tidak logik kerana masih ramai lagi pengulas sukan yang lebih berpengalaman dan berkaliber untuk mengalas tugasan itu.

Bront Palarae Anggap Permintaan Netizen Tidak Logik

IKLAN

“Itu pendapat orang ramai sahaja dan saya pun hanyalah seorang pelakon tetapi saya ambil cadangan itu sebagai satu pujian.
“Ia juga bukti lakonan saya dalam Ola Bola sebenarnya menjadi dan untuk menggalas tanggungjawab itu rasanya ia tidak logik.

“Lagipun ia bukan bidang saya dan pengulas sukan sedia ada pun semuanya daripada kalangan terbaik,” katanya.

So nampaknya harapan rakyat Malaysia tidak kesampaianlah melihat Bront beraksi secara live seperti wataknya dalam filem Ola Bola.

Walau bagaimanapun ada benar kata Bront, masih ramai lagi individu yang lebih berkaliber dan berpengalaman khusus dalam ulasan sukan. Jadi tiada salah untuk dia memberi ruang pada individu terbabit.

Tapi sebelum tu, jom kita tengok semula trailer Ola Bola yang menyebabkan ramai mahukan Bront kembali beraksi secara live.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI