Britney Spears kelihatan ceria bersama seorang lelaki dan dengan bangganya mengumumkan Sam Ashgari adalah kekasih terbarunya.


Pengumuman itu dibuat oleh Britney di akaun Instagram miliknya, yang sekali gus  memuat naik bersama dengan sebuah video.

Dalam video kolaj yang dikongsinya di Instagram pada 29 Julai lalu memperlihatkan dia duduk bersebelahan sambil menggoyangkan kepala mereka mengikut rentak muzik “Mi Gente” oleh J Balvin dan Willy William.

 

Me and my boyfriend @samasghari

A post shared by Britney Spears (@britneyspears) on

Dalam kapsyen tersebut Britney menulis, “Me and my boyfriend @samasghari” dan model berbadan sasa itu turut memuat naik video yang sama dengan kapsyen, “Her smile makes me crazy @britneyspears” berserta emoji love

Pasangan itu bertemu di set video muzik Britney, Slumber Party di mana Sam muncul dengan suit hitam dan menunjukkan minatnya terhadap Britney.

IKLAN

Pasangan itu mendedahkan perhubungan mereka pada November 2016, dan rumor mengatakanmereka sedang hangat bercinta dan bakal berkahwin.

Namun ia hanya rumor dan Britney tidak pernah membuat apa-apa pengakuan mengenainya sehinggalah kini dia sendiri mengumumkan Sam adalah kekasihnya.

IKLAN

Penyanyi Toxic ini juga terkenal dengan bernasib tidak baik di dalam percintaan. Selepas perpisahan dengan Justin Timberlake pada tahun 2002, dia berkahwin dengan Jason Alexander di Las Vegas pada tahun 2004 dan membatalkan 55 jam kemudian.

Britney juga berkahwin dengan Kevin Federline, di mana dia mendapat anak lelaki Sean Preston,11, dan Jayden James, 10. Pada tahun 2006, dia memfailkan perceraian. Dia kemudian mendekati Jason Trawick pada tahun 2009, tetapi mereka berpisah dua tahun kemudian. Britney terus mendekati David Lucado dan Charlie Ebersol sebelum bertemu Sam.

IKLAN

Sumber : usmagazine

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI