Sejak beberapa minggu kebelakangan ini hebih di media sosial tentang seorang pelakon lelaki, Datuk Boy Iman yang didakwa telah menipu orang ramai dalam pembelian rumah.

Menurut Sinar Harian, perintah reman dua hari ke atas Boy sudah tamat semalam.

Perintah reman turut dikeluarkan oleh Majistret Adibah Husna Zainal Abidin terhadap Boy dan juga tiga lagi individu termasuk seorang wanita. Ketiga-tiga individu terbabit merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Boy Iman Diserahkan Ke IPD Kubang Pasu

Kelmarin, Boy dan tiga orang individu berkenaan telah direman di lokap Ibu Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan penipuan pelaburan binaan rumah yang membabitkan RM30,000 yang dilakukan oleh DBI Properties.

IKLAN

Dalam pada itu, Superintendan Chan Teck Paing yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, telah mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, semua suspek akan diserahkan kepada polis di IPD Kubang Pasu, Jitra.

IKLAN

“Kesemua suspek didapati juga mempunyai kes yang sama di dearah Jitra dan Langkawi, mereka akan ditahan di daerah yang berkaitan untuk bantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan negeri Pahang telah membuat siasatan terhadap gelaran ‘Datuk’ yang diterima oleh Boy.

IKLAN

Boy Iman Diserahkan Ke IPD Kubang Pasu

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihak mereka sedang membuat semakan sama ada benar atau tidak pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu diterima dari Istana Pahang.

Namun begitu hasil siasatan masih belum diketahui.

Sumber: Sinar Harian
Wartawan: Gokina Morganan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI