Heroin drama bersiri Hero Seorang Cinderella nampaknya bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah nasib juga menyebelahi dirinya dalam bidang nyanyian.

Sebaik sahaja mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia bagi menguruskan perjalanan kariernya, Fazura tidak mensia-siakan peluang itu.

Sering digandingkan dengan artis-artis seperti Estranged, Jason Dy Nothing Like dan Fattah Amin untuk lagu “Cinderella”, kini Fazura melancarkan koleksi single terbarunya.

Menariknya, mengetengahkan dua single dalam satu masa iaitu Bisa Apa dan Bangun. Menurutnya, kedua-dua ini punyai jalan ceritanya yang tersendiri.

IKLAN

‘Ada Hikmah Tersembunyi’ – Fazura

Bisa apa merupakan hasil penuh ciptaan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan diproduksikan sepenuhnya di Indonesia termasuk proses mastering yang telah dihasilkan di Bandung.

IKLAN

Manakala Bangun pula telah dicipta oleh Ilyahida, Ruviyamin sebagai arranger dan Ahmad Kemat Khair sebagai penerbit.

IKLAN

Lagu yang penuh maksud mendalam ini dikaitkan dengan kehidupan realiti wanita bernama Fazura yang selalu berfikiran positif.

“Bangun merupakan sebuah lagu yang melambangkan kekuatan. Sebuah kejayaan itu boleh dikecapi jika kita sentiasa pilih untuk bangun dari setiap kejatuhan. Kejatuhan itu pada saya ada tersembunyi hikmah istimewa.

“Jadi saya harap, semua yang mendengar lagu ini juga akan terus bangun biarpun berhadapan dengan banyak hal yang buruk dalam kehidupan,” ujar Fazura.

Video klip lagu ini dikhabarkan akan dihasilkan selepas sambutan Aidilfitri. Bukan itu sahaja, beberapa orang pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh jenama telefon pintar Neffos juga turut akan buat penampilan istimewa bersamanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong melahirkan rasa teruja dengan sambutan baik peminat dan menganggap Fazura berkembang positif dalam pengurusan karier nyanyian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI