Selepas beredarnya gosip mengenai hubungan cinta mereka sejak setahun lalu, akhirnya pelakon popular Song Joong Ki, 31, dan aktres jelita Song Hye Kyo, 35, disahkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober 2017.

Bintang Korea Decendents of The Sun Sah Kahwin 31 Oktober

Wakil dari kedua-dua agensi pengurusan masing-masing mengesahkan berita itu dan menyatakan,

“Oleh kerana perkahwinan tidak begitu mudah tetapi melibatkan keluarga, kami sangat berhati-hati dengan segala-galanya, ini adalah masa yang sangat sensitif dan signifikan dalam kehidupan setiap orang dan itu antara sebab kenapa kami memberi berita mengejutkan ini sekarang.

 

Berharap semua orang dapat memahami dan kami ingin meminta semua mendoakan untuk masa depan yang indah bagi pasangan ini “,umum agensi.

Tambah agensi mereka akan mengadakan majlis perkahwinan pada hari akhir Oktober, 2017.

Mereka bertemu dan dikatakan mula menjalin hubungan cinta ketika mereka membintangi drama fenomena Korea, Decendents of The Sun.

Bintang Korea Decendents of The Sun Sah Kahwin 31 Oktober

IKLAN

Bintang Korea Decendents of The Sun Sah Kahwin 31 Oktober

Bintang Korea Decendents of The Sun Sah Kahwin 31 Oktober

Mereka dikatakan telah sama-sama pergi bercuti ke Bali Indonesia, baru-baru ini.

IKLAN

Sementara itu laporan media Korea menyebut, berita tarikh perkahwinan pasangan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya memandangkan pengumumannya dibuat secara mengejut.

Timbul spekulasi sebab pengumuman tersebut segera dibuat kerana Song Hye Kyo didakwa kini hamil.

Bagaimanapun wakil UAA (United Artist Agency) memberi respons, “Semestinya Song Hye Kyo tidak hamil ”

IKLAN

Dalam pada itu, hashtag popular #SongSongCouple menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.

#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama tersebut ditayangkan tahun lepas.

Bintang Korea Decendents of The Sun Sah Kahwin 31 Oktober

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI