Heboh kini di laman sosial yang menceritakan tentang hubungan cinta di antara bintang filem terkenal dari negara seberang, Indonesia iaitu, Laudya Cynthia Bella bersama bekas suami pelakon terkenal, Erra Fazira, Engku Emran.

Khabar angin ini menjadi tular apabila Laudya dikatakan sering meninggalkan komen dan like pada status Engku Emran.

Terdapat pula gambar yang dikongsi oleh Laudya di akaun instagram miliknya tertulis kapsyen,

“Im blessed and thank u Allah for Every day,Everything,and E ❤️”

Bintang Filem Indonesia Bercinta Dengan Bekas Suami Erra Fazira?

Ramai yang membuat spekulasi Gelaran ‘E’ itu mungkin dirujuk sebagai Engku Emran kerana menerusi beberapa video, dilihat Engku Emran turut berada dalam sebuah majlis yang disertai oleh Laudya di Indonesia.

IKLAN

Rata-rata pengikut Laudya di akaun instagramnya meninggalkan komen dengan mengatakan E yang dimaksudkan adalah Engku Emran.

syaamomo: Bcinta dgn bekas Erra @nor_liena . Hahhaa nasib sepadan
lynadlynna: May Allah bless both of u @laudyacynthiabella @iamkumbre

Bintang Filem Indonesia Bercinta Dengan Bekas Suami Erra Fazira?

IKLAN

Komen daripada peminat bukan sahaja ditinggalkan di ruangan komen Laudya malah di akaun instagram Engku Emran juga turut dibanjiri komen-komen daripada peminat.

matana_levi: Ni ke calon suami @laudyacynthiabella?
anisprayuda: Cye pacarnya laudyacintyabella masuk lambeturah tu
abby_aris2: Ni lah E @laudyacynthiabella

IKLAN

Bintang Filem Indonesia Bercinta Dengan Bekas Suami Erra Fazira?

Walau bagaimanapun, Laudya mahupun Engku Emran masih lagi belum membuat sebarang pengesahan sama ada benar atau tidak perhubungan cinta yang dikatakan terjalin antara mereka berdua. Jika benar, maka Media Hiburan ingin mengucapkan tahniah dan semoga jodoh berpanjangan.

Sumber: Instagram Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI