Select Page
  • 5.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5.8K
    Shares

Baru-baru ini, ramai yang tumpang bangga apabila akaun Instagram (IG) figura seni terkenal Malaysia, Datuk Seri Nurhaliza menjadi antara tujuh akaun yang diikuti Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, negarawan itu difahamkan sudah pun mengikuti Ig penyanyi berkenaan pada peringkat awal akaun tersebut dibuat, hingga ada yang membayangkan Tun hanya mengikuti ‘seven wonders’!

Ditanya MH apakah komennya mengenai perkara tersebut, penghibur asal Pahang itu memberitahu dia cukup gembira dan tidak menyangka tokoh negara itu sudi untuk mengikutinya menerusi platform perkongsian gambar berkenaan.

“Alhamdulillah, saya pun tak sangka Tun follow saya. Itu saya kegembiraan bagi saya dan rasa hormat kerana Tun mengikuti Instagram saya.

 

“Sebab macam saya sendiri pun sebelum mengikuti seseorang, orang tengok jugak kriterianya. Jadi bila beliau mengkuti, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak,”katanya kepada MH.

Sebelum ini, Tun M turut memuat naik entri berbentuk video menerusi Ig bagi memberi dedikasi dan ucapan tahniahnya buat penyanyi tersebut atas kelahiran cahaya mata sulung, pertengahan Mac lalu.

Ikuti temu bual penuh bersamanya yang menerusi FB Live MH sejurus selepas pelancaran cawangan kelapan butik Creation & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini komen Siti mengenai kemenangan kerajaan baru dan apa katanya bila Tun M follownya di IG!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 13 May 2018

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: