Select Page
  • 902
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    902
    Shares

Kata orang, keberkatan bulan kemuliaan menjadi momen paling baik untuk kita saling menghulurkan kemaafan. Malah, tidak kurang yang mengambil langkah murni dengan saling mengakui kesalahan.

Buang yang keruh, amil yang jernih. Mungkin itu yang cuba disampaikan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang mengambil keputusan positif dengan ‘unblok’ pengikut di Instagram (IG).

Katanya, perkara tersebut dilakukan bersempena dengan kedatangan Ramadan.

“Hari pengampunan. Bersempena dengan hari pengampunan semalaysia esok bersempena dengan bulan ramadhan al mubarak saya unblock semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Mimpi Laila itu mengakui proses untuk ‘unblock’ tersebut mengambil masa lama kerana bilangan pengikut yang kena ‘blocked’ terlalu ramai!

“Ambik masa sikit sebab kena unblock satu2. Ramai kot,” tulisnya lagi.

Menerusi tindakan tersebut, rata-rata pengikutnya melihat ia daripada sudut positif dan memuji tindakan selebriti berkenaan.

Foto: Instagram Yasin Sulaiman

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: