Wah tahniah MH ucapkan kepada seluruh tenaga kerja produksi filem Tombiruo Penunggu Rimba yang berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8 juta sekaligus menjadi filem kedua terlaris untuk tahun 2017.

Filem ini telah ditayangkan pada 12 Oktober yang lalu di pawagam seluruh Malaysia dan negara dan Brunei serta Singapura.

Sejak filem adaptasi novel daripada penulis, Ralee Awang Murshid ini ditayangkan, ia mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Berjaya Kutip RM8 Juta, Tombiruo Penunggu Rimba Filem Kedua Terlaris 2017

Tombiruo Penunggu Rimba ini mengisahkan dendam seorang lelaki, Ejim atau digelar Tombiruo yang memiliki wajah bukan seperti manusia.

IKLAN

Satu insiden tragis telah terjadi sehingga menyebabkan ayah angkat kepada Ejim mati dibunuh dan itu membuatkan dia berdendam dan ingin mencari pembunuh tersebut.

Berjaya Kutip RM8 Juta, Tombiruo Penunggu Rimba Filem Kedua Terlaris 2017

Sementara itu, Amiruddin pula menganggap Tombiruo sebagai punca kematian isterinya yang tercinta dan mula menjejaknya.

IKLAN

Pergelutan berlaku di antara mereka demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Berjaya Kutip RM8 Juta, Tombiruo Penunggu Rimba Filem Kedua Terlaris 2017

IKLAN

Barisan pelakon di dalam filem ini terdiri daripada artis-artis popular seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk M. Nasir dan ramai lagi.

Jom kita tonton sedikit sedutan daripada filem Tombiruo Penunggu Rimba.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI