‘Out of the box’ itu yang boleh dikatakan pada wartawan penyiaran Berita Utama TV3 apabila membuat liputan mengenai MRT.

Video durasi seminit lebih itu mendapat perhatian kerana gaya penyampian yang cukup berbeza.

Selain punyai sinematografi yang cukup menarik, gaya ‘stand upper’ wartawan tersebut juga turut mencuri perhatian netizen.

Berita MRT Jadi Tular, Safwan Sawi Bimbang Reaksi Netizen Berita MRT Jadi Tular, Safwan Sawi Bimbang Reaksi Netizen

Melihat respons netizen, MH Online menghubungi tuan punya badan tentang laporan yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

“Video yang diperkatakan itu sebenarnya merupakan video fasa kedua MRT. Sebelum ini juga liputan saya diperkatakan kerana dikatakan ‘catwalk’ di dalam MRT.

 

“Niat saya bukanlah untuk viral atau apa, saya buat semua ini kerana tugas saya untuk menyampaikan sesuatu info dalam cara yang menarik.

 

“Seperti yang semua tahu, anak muda zaman sekarang memang kurang berminat untuk menonton berita kerana agak serius dan formal. Jadi, saya cuba mencari sisi paling santai dan relaks supaya mereka lebih berminat.

 

“Lagi pula berita ini disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad jadi saya rasa inilah waktu paling sesuai untuk menyampaikan info dengan cara yang tidak terlalu ‘berat’,” katanya.

Berita MRT Jadi Tular, Safwan Sawi Bimbang Reaksi Netizen

IKLAN

Malah, wartawan penyiaran tersebut Safwan Sawi, berkongsi cerita kebetulan jurukameranya itu baru sahaja membeli kamera jenis Osmo jadi mereka berdua ingin hasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Idea ini sebenarnya sangat spontan dan secara kebetulan pula waktu pengambaran cameraman saya baru sahaja membeli kamera jenis Osmo. Jadi kami agak teruja untuk melihat hasilnya dan ingin lakukan sesuatu yang lain daripada yang lain,” jelasnya lagi.

Walaupun pada mulanya enggan membuat liputan tersebut kerana ingin memberi peluang pada wartawan junior yang lain, tetapi akhirnya dia tetap akur dan lakukan yang terbaik.

“Selepas video pertama mendapat perhatian ramai, saya sebenarnya ingin beri peluang ini pada orang lain terutamanya junior. Tetapi atas pujukan beberapa pihak akhirnya saya bersetuju untuk menyambung liputan ini ke fasa yang kedua.

 

“Sebenarnya saya bimbang dengan reaksi penonton kerana sebaik sahaja video saya menjadi viral ada pihak yang menggelarkan saya dengan perkataan-perkataan yang kurang sedap didengar tetapi demi tugasan saya tolak tepi semua itu dan cuba sampaikan dengan cara saya yang tersendiri,” ujarnya.

Safwan yang mengaggumi Syed Munawar dan Najib Ali berkata dirinya sangat terbuka untuk mencuba sesuatu kelainan dan menarik perhatian generasi muda untuk menonton berita.

IKLAN

 

Berita MRT Jadi Tular, Safwan Sawi Bimbang Reaksi Netizen

 

IKLAN

Sempat menambah, hasil ini tidaklah bergantung pada kebolehannya sahaja tetapi dia sangat bersyukur kerana miliki team yang gigih dan berkerja keras untuk hasilkan yang terbaik.

“Saya bersyukur kerana miliki team yang sanggup berkerja keras bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Kami mengambil masa sehingga 7 pagi untuk menyiapkannya. Terima kasih pada cameraman saya Jufri Judin dan visual editor, Mohd Afif Syahmah Zainal Azahaa,” katanya.

Wah, tahniah buat mereka yang berjaya mencuri tumpuan. Semenangnya berita mengenai MRT ini cukup menarik dan sesuatu yang berbeza.

So tunggu apa lagi jom layan video yang dimaksudkan ini…

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI