Miyyo Rizone atau nama sebenarnya Amirul Rizwan Musa, 21, sanggup berhabis RM200,000 untuk menjalani pembedahan wajah secara berperingkat sejak tahun 2014.

Lelaki kelahiran Ketereh, Kelantan ini menerima kecaman hebat daripada netizen selepas gambar wajahnya menjadi tular sejak dua minggu lalu.

Amirul mengakui menjalani pembedahan wajah sejak 2014 termasuk dua pembedahan di luar negara untuk mendapatkan wajah diinspirasikan daripada watak anime bagi meneruskan kariernya sebagai model sejak tiga tahun lalu.

“Semua ini atas dasar minat terhadap watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy, patung barbie Ken Doll dan benda-benda yang cantik. 

 

“Sebelum ini saya sudah viral tetapi tidak sehebat ini, saya tak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada netizen hanya untuk mengutuk saya. “ ujarnya lagi yang dihubungi. 

Menurutnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana masih ada segelintir masyarakat yang memberi sokongan serta memberikan banyak tawaran kepadanya dan kini masih mempertimbangkan tawaran berlakon drama.

IKLAN

“Walaupun tular lebih kepada reaksi negatif , namun ia tidak menutup periuk nasi saya kerana masyarakat tidak faham situasi saya,” jelasnya lagi. 

Perubahan gaya hidupnya mula berubah setelah kisah hidupnya menjadi viral dan keadaan itu sedikit sebanyak membantu memajukan perniagaannya.

Tambah Amirul, biarpun menerima kecaman teruk daripada masyarakat dia berusaha untuk berfikiran positif dan tidak mahu melenting serta menganggap setiap yang didengarnya umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

 

IKLAN

Berhabisan RM200,00 Nak Wajah Anime

Berhabisan RM200,00 Nak Wajah Anime

IKLAN

Berhabisan RM200,00 Nak Wajah Anime

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI