Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok mendedahkan dia membelanjakan RM15,000 untuk sut yang dipakainya di dalam filem pertama lakonannya, Abang Long Fadil 2.

Jelas Wak, dia membeli sut tersebut dari butik terkenal, Lord’s Tailor.

IKLAN

“Untuk babak aksi saya gunakan tiga sut yang setiap satunya berharga RM1,800 dan ada satu sut berharga RM3,500. Kalau di kira semuanya saya berhabis dalam RM15,000.

 

“Ada antara sut tidak boleh dipakai lagi kerana terkoyak akibat menjayakan babak aksi.

 

“Tapi saya tak kisah kerana saya ada bawa brand saya ke dalam filem berkenaan dan kalau saya nak keluar belanja untuk selitkan brand sendiri di dalam filem, itu jugalah antara jumlah yang perlu saya bayar.

 

“Jadi saya anggap sebagai give and take dan kos RM15,000 yang dikeluarkan itu berbaloi,” katanya.

Berkongsi pengalamannya berlakon di dalam filem bawah arahan Syafiq Yusof, Wak berkata, dia mendapat banyak pengalaman baru daripada pengarah dan para pelakon yang lain.

IKLAN

Berhabis RM15,000 Untuk Baju

IKLAN

“Syafiq tidak pernah memarahi saya dan banyak memberi tunjuk ajar. Begitu juga dengan pelakon yang lain.

 

“Saya rasa bersedia untuk meneruskan karier lakonan selepas ini dan tak kisah nak bawa watak apa sahaja. Sebagai pengali kubur pun boleh,” ujarnya.

Teks Oleh: Aqmar Mustaza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI