Dikala orang ramai gembira bercuti, lain pula nasib yang menimpa Asyalliee Ahmad. Baru-baru ini, gadis yang pernah dikenali sebagai Syasya Selero ini telah mengejutkan dengan berkongsi masalah kewangan secara terbuka di Insta Stories miliknya.

Gadis ini juga sanggup menjual barangan mekap miliknya pada orang ramai kerana terdesak memerlukan duit.

Malah, Asyalliee turut memberitahu dia terpaksa membuat keputusan menjual barangan kesayangannya ini kerana ingin mencari duit makan untuk hari esok.

“Saya ingat saya nak jual barang-barangf make up saya. Walaupun berat hati tapi terpaksa sebab saya dah tak de duit nak makan ni.

 

“Ada barang make up yang saya dah pakai sekali dua, ada yang belum sentuh lagi. Jap lagi saya upload story barang makeup yang saya nak jual.

 

“Dalam bank saya betu-betul ada RM50 je ni. Cukup untuk hari ini makan. Esok ta ktahu nak makan apa dah,” tulisnya.

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

Bukan itu sahaja, Asyalliee juga memberitahu suaminya ingin jual semula PS4 kesayangannya kerana sebab yang sama.

Walaupun terlalu berat untuk mereka jual kesemua barang ini namun kerana terlalu terdesak mereka terpaksa melakukannya.

IKLAN

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

Namun selang beberapa minit, Asyalliee mula muat naik update sekali lagi di Insta Stories yang memaparkan wajahnya bertudung hitam dan berkaca mata memberitahu semua ini hanya sekadar gurauan.

Malah, Asyalliee juga memberitahu tiada apa-apa pun yang terjadi sebenarnya, sebaliknya hanya bergurau kerana tahu haters memang sukakan perkara-perkara seperti ini.

“Benda takde apa pun tadi. Haters suka en. Hahahahahahaha,” tulisnya.

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

IKLAN

Dia juga memberitahu tidak mungkin akan menjual semua barangan kesayangannya itu kerana dikatakan ‘nyawa keduanya’ selepas suaminya.

“Gila awak semua saya nak jual barang makeup saya. Itu nyawa kedua saya selepas abam eboy okayyyy please haha,” tulisnya lagi.

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

Terkejut dengan gurauan ‘kasar’ yang dilakukannya, ramai netizen memberi respons terhadap perkara ini.

Malah ramai juga tidak berpuas hati dan menganggap Asyalliee terlalu melampau dan tersedak mencari perhatian.

IKLAN

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

Bukan itu sahaja, ramai juga berharap agar Asyalliee tidak lagi bergurau seperti ini kerana bimbang jika segala kemewahan dan nikmat hidupnya ditarik semula olehNya.

Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam Bergurau Tak Kena Tempat, Asyalliee Kena Kecam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI