Baru-baru ini dunia maya telah digemparkan dengan berita kononnya penyanyi baru Wany Hasrita terakam satu entity berambut panjang dan berbaju putih yang dipercayai sebagai ‘hantu’.

Kononnya ia ditangkap secara tidak sengaja apabila Wany mengambil gambar di hadapan sebuah rumah bangle berpagar papan yang tersegam indah di sebalik rimbunan pokok nan menghijau.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu berkata sebenarnya ia bukanlah gambar original dan tidak benar sama sekali. Gambar itu telah diedit oleh salah seorang individu dengan niat sekadar bergurau.

IKLAN

Belakang Wany Hasrita Ada Hantu?

“Mana ada hantu, itu semua mereka sunting sahaja, kalau lihat gambar asal tiada apa-apa pun di belakang saya.

“Gambar itu diambil tahun lalu, entah mengapa baru disunting dan mereka letak imej hantu pula. Tapi saya sudah jelaskan di ruangan komen gambar tersebut supaya peminat tidak mempercayainya,” ujar Wany kepada mStar Online.

Di zaman serba canggih, segalanya boleh terjadi. Lagi-lagi apabila segalanya berada dihujung jari. Wany menambah dia langsung tidak mengambil serius terhadap pekara ini kerana menganggap ia hanya isu kecil.

IKLAN

Walaupun agak lucu, namun dia mengaku bimbang jika perbuatan individu terbabit punyai maksud yang kurang baik.

IKLAN

“Dalam hal ini mereka sengaja ingin bergurau tapi secara jujurnya memang ada rasa bimbang kerana gambar suntingan seperti ini jika disalah guna akan jadi lebih teruk,” katanya.

Baginya, jika tidak dipantau dan kawal besar kemungkinan isu seperti ini boleh menjejaskan imej seorang selebriti.

Sumber : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI