Bekas suami kepada Joy Revfa, Datuk Ray Imran menerusi sebuah sumber telah mempersoalkan niat sebenar suami kepada Joy, Hafiz Hamidun kerana telah memanjangkan kontroversi perkahwinan mereka.

Ray berkata dia sangat kesal dengan kontroversi tersebut kerana dirinya juga turut terpalit sama walaupun sebelum pasangan ini bernikah pada Mei lalu dia sudah memberikan kerjasama.

Bekas Suami Joy Persoal Tindakan Hafiz Hamidun

“Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.

 

“Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,” ujar Ray.

Menurut Ray lagi, mengapa Hafiz perlu rasa ragu-ragu terhadap perkahwinannya bersama Joy sedangkan mereka sudah pergi berbulan madu bersama.

Katanya, sebagai seorang suami seharusnya Hafiz bertindak lebih matang.

“Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang,” ujarnya lagi.

Bekas suami Joy ini juga turut mengatakan bahawa orang perempuan kalau merasakan diri mereka terabai memang mereka akan beremosi.

IKLAN

Di sumber itu juga, Ray mengatakan bahawa dia akan memberikan kerjasama kepada bekas isterinya itu serta pada mahkamah bagi mengelak sebarang fitnah dan sepkulasi.

Semalam, Hafiz telah membuat sidang media dan memberi penjelasan atas keraguan yang dirasakan terhadap perkahwinannya.

Hafiz Hamidun Kemukakan 13 Fakta Status Perkahwinannya

Menurut Hafiz, pada 1 jun yang lalu dia dan Joy telah pergi ke Songkhla, Thailand untuk menguruskan cerai taklik di antara Joy dengan bekas suaminya di Pejabat Majlis Islam Wilayah Songkhla.

IKLAN

Bekas Suami Joy Persoal Tindakan Hafiz Hamidun

Permohonan penceraian antara Joy dan bekas suami telah diterima oleh Majlis Agama tersebut dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.

Pada 8 Ogos 2017, Hafiz dan Joy telah pergi ke Pejabat Agama Sri Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik tersebut dan telah menjalani siasatan dari Pegawai Tadbir Agama Daerah.

IKLAN

Namun hasil siasatan tersebut, sewaktu pernikahan mereka pada 1 Mei 2017, Joy sebenarnya masih lagi merupakan isteri kepada Ray.

Joy Revfa Fail Pembubaran Nikah

Rentetan daripada keraguan Hafiz itu, Joy telah memfailkan pembubaran nikah di Mahkamah Syariah Petaling.

Bekas Suami Joy Persoal Tindakan Hafiz Hamidun

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI