Sekarang ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikatakan akan berkahwin dengan bintang popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella bulan depan.

Terdapat sumber yang mengatakan mereka berdua akan bernikah dalam sebuah majlis tertutup yang akan diadakan di ibu negara.

“Insya-ALLAH jika tiada kekangan mereka akan bernikah pada pertengahan September ini di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja,” katanya kepada sebuah portal.

Walau bagaimanapun menurut sumber, Emran tidak menjawab panggilan telefon daripada sebuah portal untuk mendapatkan pengesahan tentang berita yang sedang tular ini.

Cuba mendapatkan Bella menerusi pengurusnya, Rita di aplikasi Whatsapp namun tiada jawapan balas yang diterima juga.

IKLAN

Menurut sumber lagi, perkenalan antara Emran dan Bella ini terjalin apabila pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri sekitar bulan Mac yang lalu.

Bekas Suami Erra Fazira Nikah Pelakon Indonesia Bulan Depan?

IKLAN

Jika benar berita ini, kami di MH Online mendoakan agar segala perancangan perkahwinan mereka berdua berjalan dengan lancar.

Terdahulu Emran pernah berkahwin bersama pelakon wanita popular tanah air, Erra Fazira yang juga merupakan bekas ratu cantik negara.

IKLAN

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Engku Aleesya dan kini usianya sudah mencecah 8 tahun.

Bekas Suami Erra Fazira Nikah Pelakon Indonesia Bulan Depan?

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI