MH rasa ramai yang dah sedia maklum tentang dua orang pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat telah pergi ke Spain baru-baru ini bagi merakamkan muzik video ‘Abang Nak Tegur’ nyanyian mereka berdua.

Kalau korang perasan semasa di Spain terdapat beberapa perkongsian Aliff di Instagram yang menyatakan dirinya tidak gembira di sana.

gambar nampak saya happy tapi saya tak happy pun?? dugaan ..tp sy kena kuat ??????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

momori pahit yg akan dikenang???????? #bahasaspanyol

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Rupa-rupanya ada sesuatu yang perkara buruk telah menimpa Aliff, rupa-rupanya beg sandang Aliff telah dicuri orang.

Berita ini baru sahaja dikongsikan oleh Aliff menerusi perkongsiannya yang paling terkini di Instagram.

“jgn salah tafsir pasal report saya yg sy post sebelum ni..sy x nak terangkan disana sbb tu sy bad mood??

 

“hari ni sy terangkan perkara sebenarya.. ade x sesiapa yg kenal mamat dlm bulatan merah ni?… ini adalah salah satu bnda tragis yg berlaku semasa saya di Spain… dia rembat beg sandang solvatore faragamo saya masa sy tgh leka training…so lesap la cash yg saya bwk 4000 euro, kad kredit, IC saya, jam cartier 100k++…tapi saya gigihkan jgk…sebb demi nk siapkan MTV hanya allah shaja yg tahu dugaan sy yg saya x share.. #abangnaktegur saya teruskan jugak,” tulis Aliff.

Beg Sandang Kena Rembat! Aliff Syukri Dedah Punca Bad Mood Di Spain

IKLAN

Patutlah Aliff nampak bad mood sangat ketika dia berapa di Spain dan mungkin juga video viral Aliff marah pada Sajat semasa sesi penggambaran muzik video itu adalah disebabkan hal ini.

IKLAN

MH faham apa yang dirasakan oleh Aliff, kalau kita letakkan diri kita ditempat dia juga mungkin kita akan jadi bad mood seperti dia. Mana tidaknya sudah lah kita berada jauh di negara orang, duit dan barang peribadi pula dicuri memang bad mood la jawabnya.

Diharapkan Aliff sabar dengan dugaan yang menimpa dirinya ini.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI