Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bagi mereka yang lahir sebelum tahun 90-an, drama bersiri Baywatch yang dibintangi David Hasselhoff, Pamela Anderson dan Alexandra Paul ini barangkali bukan lagi asing.
Drama yang mengangkat kisah penyelamat pantai di Los Angeles ini cukup mendapat sambutan di seluruh dunia.

Justeru, ia memberi idea kepada Paramount Pictures untuk membawa Baywatch ke layar perak pada 2012. Selepas beberapa siri perbincangan Seth Gordon dipilih sebagai pengarah, manakala Dwayne Johnson, Zac Efron, Alexandra Daddario, Kelly Rohrbach, Ilfenesh Hadera, Jon Bass, Priyanka Chopra dan Hannibal Buress adalah peneraju filem ini.


Jujurnya, penulis tidak begitu mengingati drama bersiri Baywatch, namun tahu kewujudannya. Kehadiran penulis ke pawagam hanyalah kerana mahu menyaksikan hasilnya selepas beberapa tahun berlalu. Biarpun filem ini berkisar mengenai tugas pengawal keselamatan di pantai yang menjaga keselamatan pengunjung, namun penulis skrip bersama, Jay Scherick, David Ronn, Thomas Lennon dan Robert Ben Garant bijak mengatur jalan cerita kerana tidak berkisar suasana di pantai semata-mata.
Mereka membawa penonton ‘jauh’ sedikit dari pantai dengan siri penyiasatan yang dilakukan oleh Mitch Buchannon bersama Matt Brody, biarpun pada awalnya sering bercakaran. Dan pastinya pelbagai perkara lucu, cemas dan sedih berlaku sepanjang perjalanan filem ini.

Biarpun garapannya pada pandangan penulis agak perlahan, namun permainan Gordon untuk memberi kejutan secara tidak langsung menggamatkan jalan cerita filem ini.
Bukan itu sahaja, lakonan bersahaja hampir kesemua pelakon dilihat secara tidak langsung mencantikkan lagi jalan cerita filem ini. Cuma penulis merasakan Chopra seharusnya diberi lebih ruang untuk menjayakan karakter antagonisnya kerana kisahnya terlalu minimal. Namun secara keseluruhannya, ia masih sebuah karya santai dan menghiburkan, biarpun ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "