Sedutan video seorang bayi kini tular di Internet dan ramai pengguna media sosial menganggap bayi tersebut sebagai luar biasa kerana mampu ‘berjalan’ selepas beberapa minit dilahirkan.

Kejadian berlaku di Brazil apabila bayi yang difahamkan perempuan itu mampu ‘berjalan’ dan mengejutkan jururawat serta bidan di sebuah hospital ketika mahu memandikannya buat pertama kali.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial jumaat lalu, tidak ada sumber sahih di hospital mana bayi tersebut telah dilahirkan namun ianya dipercayai di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, Selatan Brazil berdasarkan pakaian seragam bidan tersebut.Video tersebut menunjukkan bayi berkenaan cuba berdiri dan melangkah ketika dipegang oleh seorang jururawat.

Masa yang diambil untuk seorang bayi normal mula berjalan mengambil masa antara sembilan bulan hingga setahun dan memerlukan sokongan untuk berdiri daripada orang dewasa.

Walau bagaimanapun, bayi berkenaan dilihat mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia cuba bangun dan berjalan dengan berpaut pada tangan jururawat itu.

“Oh,‘budak perempuan’ ini berjalan,” kata bidan itu dalam bahasa Portugis

 

Seorang lagi rakannya pula berkata, “tunggu, biar saya rakam ini.”

 

“Saya mahu memandikannya, bayi ini tetap beruasaha bangun dan berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya lagi.

Jururawat itu juga menunjukkan bayi tersebut ‘berjalan’ hampir satu meter dengan sokongannya.

IKLAN

Video berkenaan telah menjadi sebutan dan viral di media sosial apabila ditonton lebih daripada 50 juta kali dan dikongsi sebanyak 1.3 juta di Facebook

Sedikit tips cara penjagaan bayi yang baru lahir : 

1. Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.

IKLAN

2. Mandikan bayi dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu lagi nak kelam kabut.

3. Lapkan bayi supaya kering
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan tuala tebal. Gunakan ‘alcoholswab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.

4. Gunakan minyak bayi Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul

IKLAN

Sumber: hmetro

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

https://youtu.be/6klkP6y0jTY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI