Menerusi perkongsian di akaun Instagram  milik Norman Hakim, dia menyampaikan satu berita yang agak sedih iaitu kandungan Abby Abadi telah meninggal dunia.  Ketika itu usia bayi dalam lingkungan 5 bulan. 

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 38 disahkan mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut gambar screenshoot perbualan mereka di aplikasi Whassap, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, mendapati bayi di dalam kandungan sudah meninggal dunia.

Bayi Abby Abadi Meninggal Dalam Kandungan

IKLAN

“Assalamuaikum esok minta tolong ambil dan jaga baby beberapa hari sebab saya kena masuk hospital sebab baby dalam perut ni dah meningal. Baru tahu tadi.Kena cuci esok.Doktor akan masukkan ubat biar baby tu keluar sendiri. Paling awal sehari dia akan keluar, paling lama 3 hari dalam wad dulu sebab doktor masukkan ubat, Pastu nak kena berpantang pulak macam orang bersalin sebab baby dah 5 bulan. Harap maklum ye. Uruskan jugalah Dania dan danish selagi saya tak sihat. Terima kasih, “

 

“W’salam innalilahi wainnailaihiroghiun.Subhanallah Ya Allah..Istigfar banyak-banyak bok. Untuk Jai jugak. Bersangka baik dengan perancanganNya. Rehat cukup-cukup, jangan renyah sangat. No problem bok saya akan uruskan mana-mana yang patut. Arwah dah keluar uruskan dan kebumikan dengan tertib sebab dah cukup sifat tu. Sabar banyak-banyak bok. saya pulak yang sedih ni..Al-Fatihah.”

Sebelum ini juga, Abby Abadi juga telah mengalami keguguran ketika menjalani ibadah umrah.

“Mohon sama2 doakan yg terbaik buat Abby Abadi dan Suami Jaiezzany. Semoga dipermudahkan segala urusan rohani & jasmani buat kami sekeluarga.Amin’ tulis Norman di gambar yang baru dimuat naik.

Norman turut menasihati supaya bersangka baik dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.

Sehingga kini, ruangan komen di instagram Norman Hakim dihujani dengan kata-kata semangat daripada pengikutnya dan rata-ratanya meminta supaya Abby tabah menghadapi dugaan yang menimpa selain mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.

IKLAN

Takziah juga kami ucapkan kepada Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria. Semoga mereka sabar dan tabah menghadapi segala ujian yang diberikan.

Bayi Abby Abadi Meninggal Dalam Kandungan

IKLAN

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI