Gara-gara memuat naik sekeping gambar bersama ibu di hadapan sebuah rumah banglo yang dikatakan hasil pemberian sebagai tanda menghargai jasa ibu membesarkannya, Wak Doyok telah dihentam oleh para netizen.

Mereka menyifatkan perbuatan Wak Doyok umpama sengaja menunjuk-nunjuk kemewahannya di sosial media.


Sungguhpun caption Wak Doyok ini ringkas dan straight to the point, ada juga yang mengatakan dirinya sengaja menulis seperti itu kerana ingin memberitahu orang lain tentang kemuliaannya.

IKLAN

Bengang dengan sikap klise netizen, Wak Doyok telah memuat naik lagi sekeping gambar dengan caption paling pedas.

IKLAN

“Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan share sama-sama untuk kitanikmatikebahagiaan, keseronokan, tetapi ada pula yang bencidengan apa yang kita post.

“Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan. #hters Batu nisan dah tertulisnama kau. Salam hujung minggu!“

IKLAN

Namum, dalam masa yang sama masih ada individu yang memuji dan memberi kata-kata positif terhadap tindakan Wak Doyok yang dikatakan sebagai seorang anak yang baik dan mengenang jasa.

Mereka juga turut berkata apa yang telah Wak Doyoklakukan memberi inspirasi pada mereka untuk melakukan pekara yang sama kepada kedua orang tua mereka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI