Woww, hebat! Itu yang boleh MH Online katakan apabila mengetahui tentang tiket Bruno Mars telah habis dijual.

Melalui laporan The Star, dalam masa 45 minit, semua tiket bermula dari harga RM398 hingga RM888 telah habis dijual bermula 10 pagi yang lalu.

Baru 45 Minit, Tiket Bruno Mars Sold Out!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam R.Para yang mewakili pihak penganjur konsert PR Worldwide berkata dia tidak sangka tiket ini akan terjual dalam tempoh yang singkat.

IKLAN

Malah, dia turut berkata, jangkaan mereka tiket tersebut hanya memerlukan satu hari untuk habis dijual namun sebaliknya hanya beberapa minit sehingga mereka terpaksa mengumumkan tiket habis di akaun rasmi Facebook PR Worldwide.

“Kami menjangkakan tiket akan habis terjual dalam masa satu hari bukan dalam masa 45 minit. Ia adalah petunjuk yang baik untuk muzik dan industri konsert, ia akan memberi impak yang positif kepada industri pelancongan seperti hotel yang akan penuh dengan tempahan,” katanya.

 

IKLAN

Baru 45 Minit, Tiket Bruno Mars Sold Out!

 

IKLAN

Walau bagaimanapun R.Para menasihati peminat Bruno Mars untuk tidak membeli mana-mana tiket yang dijual secara ‘haram’.

“Untuk peminat yang tidak berjaya membeli tiket lagi, jangan membeli daripada ulat tiket atau laman sesawang yang bukan daripada pihak kami.

 

“Walaupun sebelum kaunter tiket dibuka, ada yang memberitahu mereka sudah mempunyai tiket yang palsu!” katanya lagi.

The Bruno Mars 24K Magic World Tour kini sedang berlangsung di Merika Utara dan bakal menjelajah di Asia bermula Mei di Filipina dan Manila, manakala 9 Mei di Axiata Arena, Stadium Sukan Bukit Jalil.

SUMBER : The Star

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI