Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seperti yang semua tahu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan adalah antara selebriti yang memang suka melaram dan sentiasa nampak menawan. Kalau hari-hari biasa pun Che Ta dah nampak cantik, apatah lagi hari raya nanti kan?

Jika tahun lepas Che Ta mengakui terpaksa sewa sebuah kondominium untuk menyimpan segala koleksi baju rayanya, kali ini Che Ta mengejutkan peminatnya sekali lagi dengan berkongsi jumlah baju rayanya yang mencecah 104 pasang.

Namun jelas Che Ta, sebenarnya baju-baju ini merupakan hasil pemberian daripada jenama pakaian Minaz sebagai tanda penghargaan dilantik sebagai duta. Mereka memberinya sebanyak 94 pasang baju dengan rekaan berlainan.

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Minaz selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma,” jelasnya.

Bimbang isu tahun lepas berulang, di mana dia dikecam teruk oleh para netizen hanya kerana berkongsi jumlah pakaian yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga, Che Ta menambah puteri tunggalnya, Aaisyah juga turut terima 30 pasang baju daripada jenama yang sama.

Selain itu, Che ta juga tidak ketinggalan menempah 10 pasang baju raya hasil rekaan Rizman Ruzaini untuk dipakai pada 1 syawal nanti bersama ahli keluarga.

Amboi, melaram lah Che Ta sekeluarga di pagi raya!

Selain Che Ta, anaknya Little Princess Aaisyah Dhia Rana juga dilantik sebagai wajah utama dalam koleksi raya Minaz Luxe Raya Edition 2017. Terdapat 20 koleksi sedondon untuk si ibu dan anak, dewasa dan kanak-kanak.

Ia hadir dengan palet rona terang dan pastel serta beberapa perincian istimewa yang mengujakan buat si pemakai.

Sumber : BH PLUS

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "