Fenomena Baby Shark mula tular di media sosial dan netizen menyahut cabaran #BabySharkChallenge dengan merakamkan video parodi masing-masing.

Lebih 39,000 video cabaran #BabySharkChallenge dimuat naik di Instagram sehingga kini dengan gelagat tersendiri mengikut tarian asal video lagu itu.

Lagu yang sedang mencipta gelombang viral ini bukan sahaja mendapat sambutan kanak-kanak malah dewasa dan selebriti antarabangsa.

Manakala, di YouTube lagu Baby Shark Dance yang dimuat naik oleh syarikat Pink Fong sejak 17 Jun tahun lalu sudah mendapat lebih 231 juta tontonan di seluruh dunia setakat ini.

Lagu ini sebenarnya sebahagian daripada lagu portal pendidikan kanak-kanak oleh Syarikat Pink Fong, dari Korea Selatan, di bawah produk Smart Study.

IKLAN

Tetapi ia menjadi popular di Korea Selatan selepas disampaikan oleh artis K-pop seperti Girls’ Generation, Red Velvet dan Black Pink dalam konsert mereka selain program televisyen.

Di Indonesia juga menjadi viral setelah selebriti dan bekas model Playboy, Amanda Cerny menyanyi dan menari mengikut rentak lagu itu dalam program Indonesia’s Tonight Show.

Tidak ketinggalan demam lagu Baby Shark mulai melanda dan penangannya turut dirasai oleh golongan selebriti tanah air termasuklah pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Jihan Muse dan Bell ngasri , ‘Mak Cun’ sendiri, Erma Fatima, Akim serta Nabil

IKLAN

Selain daripada selebriti yang turut menaikan lagu ini, banyak yang menganggap viralnya Baby Shark juga kerana lirik lagunya yang sederhana dan mudah dihafal. Selain rentaknya yang catchy dan tariannya senang ditiru.

Okay, kita ada tarian lagu viral baharu yang mungkin bakal menggantikan populariti Gwiyomi dan Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) . Jom tengok beberapa versi tarian yang menghiburkan ini :

IKLAN

Dooooo dooo doooo dooo

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI