Ramadan menjadi bulan istimewa di mana setiap umat Islam berusaha melipatgandakan pahala dengan beramal.

Seperti tahun sebelum ini, Tesco Extra sekali lagi bersama Datuk Aznil Nawawi menemani 150 orang pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) membeli-belah di pasar raya Tesco sempena sambutan hari raya.

Aznil Kongsi Kemeriahan raya Bantu Kanak-kanak Terpinggir

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, walaupun beliau dilantik sebagai ikon sekolah tersebut setahun lalu, namun beliau sudah memulakan program tersebut sejak tiga tahun yang lalu.

Beliau turut tersentuh hati mengenangkan nasib anak-anak itu yang mempunyai cerita duka di sebalik kegirangan hidup masing-masing.

IKLAN

“Setiap kali saya mengikuti anak-anak ini membeli-belah barang keperluan hari raya mereka, hati saya tersentuh dengan kelakuan mereka. Kalau nak diikutkan, setiap mereka ini ada cerita yang tiada siapa ketahui,” kata Pak Nil.

Aznil turut menambah, kali pertama bawa mereka ke pusat beli-belah, mereka langsung tidak tahu apa itu ‘shopping raya’. Semuanya nampak kekok.

Aznil berkata begitu pada sesi memilih pakaian hari raya bersama kanak-kanak itu di pasar raya Tesco Extra, Mutiara Damansara.Selain Pak Nil, Pengarah Perkhidmatan Koporat Tesco, Azliza Baizura Azmel turut hadir menemani kanak-kanak tersebut.

IKLAN

Bercerita mengenai program pagi ini, jelas Pak Nil, seperti tahun sebelum ini, gelagat mereka membeli-belah pasti membuatnya terharu.

 

IKLAN

“Tahun ini merupakan tahun kedua kami melakukan aktiviti membeli-belah bersama anak-anak di sekolah ini. Datuk Aznil selaku ikon SBJK dijemput untuk bersama-sama memeriahkan suasana.

Pelajar sekolah ini ialah satu kumpulan kanak-kanak yang hidup terpinggir apabila ibu-bapa mereka menjadi gelandangan dan perkara-perkara lain.

 

Sumber : Instagram Aznil Hj Nawawi &  mstaronline

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI