Menerusi akaun Instagram kepada penyanyi, Azharina Azhar dia ada berkongsi satu berita gembira bahawa dia kini sudah menimang cahaya mata angkat yang ketiga.

Bayi lelaki yang diberi nama Redha Azharin Azhar itu telah selamat dilahirkan semalam  dan pada ruang kapsyen perkongsian Azharina ini dia telah memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa atas kelahiran bayi comel ini.

“Asalamualaikum . Di HAri Cahaya ini bertarikh 18 October 2017 lahirnya Anak ke 3 ku “ King REDHA AZHARIN AZHAR “ .. syukor Alhamdulilah ku panjatkan ke Hadrat Allah Taala atas Kurniaan Rezeki ini , ?? disaat Mumy di duga badai dan duri Kau Hadir membawa sinar Cahaya, dan keredhaan buat Kita sekeluarga . Alhamdulilah #azharina_a #azharinaangels,” tulis Azharina di ruang kapsyen.

A post shared by azharina_a (@azharina_a) on

Dalam pada itu, MH Online telah mendapatkan penyanyi ini sendiri untuk bertanya khabar tentang cahaya mata barunya.

IKLAN

Menurut Azharina, pada bulan April yang lalu selepas anak angkat keduanya meninggal dunia, ada seorang ibu tunggal telah hadir kepadanya untuk memberikan bayi dalam kandungannya kepada penyanyi ini.

“Alhamdulillah ada orang bagi lagi, lepas arwah meninggal sebulan . Ada seorang ibu tunggal cari dan datang jumpa saya.

 

“Saya ingat kenapa dia nak cari saya dan bila jumpa dia telah menceritakan semua masalahnya dan dia nak bagi saya anak namun saya tidak menjawab ‘ya’ saya cuma bantu dia untuk pergi ke klinik untuk pemeriksaan kandungan. Kemudian dia pun balik ke kampung,” ujar Azharina.

Namun begitu penyanyi ini memberitahu lagi, sebulan selepas itu wanita itu telah menghubunginya semula dan berkata dia sememangnya mahu menyerahkan anak di dalam kandungannya itu kepada Azharina.

IKLAN

Walau bagaimanapun, Azharina berkata berikan dia masa untuk berfikir dan dalam tempoh berfikir itu, penyanyi ini tidak pernah menjawab ya pada permintaan ibu tunggal berkenaan sehinggalah pada bulan September yang lalu.

“Bulan September hari tu dia datang, saya bagi dia tempat tinggal, saya bagi dia makan minum pakai dan jaga dia sampai dia bersalin.

 

“Alhamdulillah syukur dia lahir hari ini (semalam) dengan berat badan 3.1kg, lelaki tengah hari tadi,” ujarnya lagi dengan penuh rasa syukur.

Akhir kata penyanyi ini dia berkata, sudah ditakdirkan dia menjadi ibu tunggal untuk menyelamatkan anak-anak ini.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan mereka akan jadi anak yang soleh mithali dan boleh jaga saya nanti,” ujar penyanyi ini lagi.

Azharina Timang Cahaya Mata Ketiga

Azharina Timang Cahaya Mata Ketiga

Begitu murni hati Azharina yang sanggup membantu kesusahan orang lain. Semoga bayi comel ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI