Pastinya seronok apabila kita dapat menyambut bulan Ramadan bersama orang tersayang. Begitu juga dengan penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman yang teruja dapat menyambut Ramadan bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin tahun ini.

Ini merupakan tahun pertama mereka menyambut Ramadan bersama semenjak sah bergelar suami isteri pada Oktober tahun lalu.

“Puasa tahun ini merupakan sesuatu yang indah bagi saya apabila dapat berpuasa bersama isteri dan merasai makan yang disediakan olehnya ketika berbuka.

 

“Ini merupakan kali pertama isteri saya berpuasa bersama suami dan yang lebih istimewanya apabila anak-anak mendapat ibu baru.

 

“Kehidupan kami kini lebih lengkap dengan kehadiran isteri dan saya berharap Ramadan ini menjadi permulaan yang baik buat kami.

 

“Saya juga berharap agar dapat meluangkan masa secukupnya bersama keluarga,” katanya.

 

Awie Teruja, Ramadan Dengan Isteri Baru


Terdahulu, majlis pernikahan Awie tahun lalu telah diadakan di salah sebuah lokasi di Thailand yang dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat sahaja.

IKLAN

Berlangsung di sebuah perkampungan di tepi pantai, dan dengan hanya sekali lafaz pasangan ini sah menjadi suami dan isteri.

Menurut sumber daripada sebuah portal hiburan, anak-anak Awie hasil perkahwinannya yang terdahulu juga turut menghadiri majlis pernikahan bapa mereka.

IKLAN

Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terindah dan bermakna buat Awie, isteri dan juga keluarga.

IKLAN

Sumber: Astro Gempak

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram:mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI