Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di Thailand bersama isteri barunya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.

Menurut Awie, hanya mereka berdua sahaja yang akan beraya di Thailand dan anak-anaknya pula akan menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka.

Kata Awie lagi, dia berdoa agar Syawal kali ini bakal memberikan kebahagiaan dan memberi penuh pengertian untuk mereka berdua dalam meneruskan kehidupan.

“Tahun ini, saya akan beraya di Siam. Anak pula kemungkinan balik beraya dengan ibu mereka. 

 

“Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan anak daripada perkahwinan kedua saya. Cuma abang mereka, Putra Ahmad Merrah, yang tinggal bersama saya,” kata Awie.

Apabila ditanyakan soal adakah isterinya, Sharifah Ladyana sudah berbadan dua ataupun tidak, Awie mengatakan bahawa isterinya masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil.

“Selalunya, seperti menerusi perkahwinan pertama dan kedua, hanya selepas setahun lebih, barulah soal hendak menimang anak difikirkan. Perkahwinan kali ini pun begitu juga. 

 

“Dalam hal ini, saya bukannya merancang. Kalau boleh, memanglah saya nak cepat dapat anak (dengannya). Maklumlah, umur pun bukan makin menurun,” katanya.

Insya-ALLAH kami di MH Online mendoakan agar isteri Awie hamil tidak lama lagi dan semoga sambutan hari raya Awie dan isterinya buat pertama kali selepas bergelar suami dan isteri ini meriah dan bahagia bersama.

Sumber: BH Online

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "