Siapa yang tak kenal dengan si manja comel Lara Alana. Walaupun baru sahaja berusia 3 tahun namun popularitinya selari dengan ibubapanya Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Melalui sebuah portal hiburan, Awal dan Scha mengaku terkejut melihat sikap puteri mereka itu semasa mengunjungi Disneyland, Hong Kong bulan lalu.

Awal & Scha Terkejut Sikap Lara Berubah Di Hongkong?

“Kami memang terkejut dengan perangai Lara yang sebelum ini memang tak mahu disolek atau letak sebarang solekan di muka.

 

“Kalau nak bersiap tu, dia tak boleh duduk diam tapi semasa kami prergi Disneyland, Hong Kong, perangai dia berubah Lara ketika masuk tempat dressing room untuk kanak-kanak.

 

“Dia hanya duduk diam sahaja dan membiarkan orang itu meletakkan solekan pada mukanya. Mungkin sebab dapat feeling jadi puteri itu yang buat dia rasa teruja,” kata Scha.

Awal & Scha Terkejut Sikap Lara Berubah Di Hongkong?

IKLAN

Malah menurut Awal, anaknya itu sanggup memakai kasut tumit tinggi seharian hanya ingin kelihatan seperti Cinderella. Lebih melucukan, Lara sanggup berlari tanpa menanggalkan tumit tinggi tersebut.

“Biarpun tumit kasut tu dah tercabut, dia paksa saya pasang balik dan sambung berlari,” ujarnya kepada Mstar Online.

Awal & Scha Terkejut Sikap Lara Berubah Di Hongkong?

Awal, Scha dan lara telah bercuti ke Hong Kong selama enam hari, bulan lalu bagi mempromosikan nergara tersebut.

IKLAN

Pasangan ini turut memberitahu mereka sangat gembira melihat Lara dapat merasakan pengalaman baru ketika bercuti.

Awal & Scha Terkejut Sikap Lara Berubah Di Hongkong?

IKLAN

“Memang sebelum ini kami pernah bawa Lara bercuti tapi masa itu dia kecil lagi dan tidak faham apa-apa.

 

“Kali ini dia dah besar dan rasa pengalaman baru itu sendiri. Ada sahaja yang dia nak tahu dan tanya pada kami sepanjang percutian itu,” kata Scha lagi.

Tidak dapat dinafikan, ramai yang suka melihat keletah Lara yang kini semakin bijak dan sudah pandai berceloteh. Diharapkan Lara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta dapat membanggakan ibu dan bapanya satu hari nanti.

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI