Select Page
“Jangan Risau .. Dalam Rumah Ni Ada Ramai Orang” – Elly Mazlein

“Jangan Risau .. Dalam Rumah Ni Ada Ramai Orang” – Elly Mazlein

Elly Mazlein sekali lagi menjadi perhatian apabila dia bertindak menyindir suaminya, Azmi Hatta menerusi akaun Instagram.

Ini dia posting yang dimuat naik penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini :

 

 

“jangan risau…dalam rumah ni ada ramai orang”

 

“ada air hot chocolate siap letak payung warna warnin, nokkkk” tulisnya

 

Tidak terhenti di situ sahaja, malah Elly juga menggunakan beberapa ‘hashtag’ yang dilihat ‘padu’ untuk menyampaikan mesej kepada Azmi.

 

 

Namun begitu, tindakan berani Elly itu mendapat pujian ramai menerusi ruangan komen di Instagramnya.

 

 

 

Foto : Instagram

 

“Tahun Depan Kami Akan Bertiga” – Elvina Kini Hamil Anak Pertama

“Tahun Depan Kami Akan Bertiga” – Elvina Kini Hamil Anak Pertama

Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik dan muda ini, Datin Elvina Mohamad apabila dia mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung tahun hadapan.

Terdahulu, Elvina atau nama sebenarnya, Norazlina Mohamad, 23, telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan 18 Mac lalu.

Menerusi akaun Instagram, pelakon Isteri Untuk Diiktiraf itu memuat naik gambar bersama suami dengan mengenakan baju raya beberapa hari lalu.

 

“Yes betul, tahun depan kami akan bertiga 👶 Alhamdulillah.. thank you pada yang mendoakan kami ❤ #eidmubarak #myhappiness #blessed” tulisnya

 

 

Rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan itu dan tidak sabar untuk melihat kelahiran anak sulungnya yang dikatakan bakal bersalin sebelum tibanya Syawal 2019

 

 

 

Mh mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati sejoli ini dan didoakan semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah.

Foto : Instagram

 Ini Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri Boleh Korang Pakai! 

 Ini Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri Boleh Korang Pakai! 

Bila kita bercakap mengenai sambutan Syawal, mesti akan imbau nostalgia, lebih-lebih lagi dengan ucapan raya yang dikirimkan.

Mesti dah nak masuk raya ketiga, mengapa tidak kita hantarkan ucapan raya lagi buat kenalan kan?

 

Nah, ini koleksi ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri yang masih boleh diguna pakai.

 

1. Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah maafkan.

 

2. Buat meriam pasang pelita,

Asap keluar bunyi tiada,

Ucapan raya maaf dipinta,

Harap tiada terguris jiwa.

 

3. Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,

Pejam celik dah 29 hari puasa,

Makin dipejam celik,

makin banyak salah dan dosa,

Sementara masih celik,

banyak-banyaklah buat pahala,

Sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

 

4. Walau keluasan Atlantik tidak terkira,

Walau selat Melaka termaktub sejarahnya,

sempena Aidilfitri yang mulia,

ku mohon ampun harap diterima.

 

5. Masak lomak cili api,

Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(orang kolumpo jangan kocik ati!!)

 

 

Itulah sedikit sebanyak kolekso ucapan hari raya dari MH. Boleh la gunakan untuk hantar kat keluarga, kawan-kawan, mengimbau kembali nostalgia lama.

Perkara Yang Buat Kita Tak Ada Mood Raya

Perkara Yang Buat Kita Tak Ada Mood Raya

Kalau raya je mestilah kita nak nampak cantik, baju cantik, berdandan cantik tapi bila dah siap semua persiapan raya, ada je benda yang tak kena kan?

Kadang-kadang buat kita rasa nak ‘give up’ je. Jadi Mh nak kongsikan perkara-perkara yang jadi masa raya terus buat kita tak nak raya atau hilang mood.

Antaranya adalah:

1. Jerawat

Kebiasaannya perkara ni sering berlaku pada orang perempuan. Mereka ni paling takut kalau jerawat keluar di hari yang penting. Masa puasa taknak pulak keluar jerawat, masa raya pertama la jerawat tu datang tanpa diundang, kalau 1 tak jadi masalah lagi, tapi ni 2,3,4 dan tumbuh kat bahagian paling penting iaitu muka.

2. Line Telefon

Perkara paling penting sebenarnya line telefon, maklumlah dunia sekarang semuanya serba canggih dan dihujung jari. Bukan takat nak masukkan gambar kat dalam sosial media, tapi penting nak guna bila tetamu sesat nak datang beraya. Siapa yang balik kampung yang kawasan pendalam tu memang perlu bersabar lebih dan cari alternatif lain. Hehe

3. Tudung

Ini merupakan perkara yang sangat penting buat kaum wanita apabila tudung mereka tidak sempurna seperti apa yang dibayangkan, ada yang pin hilang, ada yang tudungnya tak sempat “iron”, tudung terbakar, tudung tercarik, anak rambut asyik terkeluar, tudung tak ‘matching’ dengan baju dan ‘bad tudung day’ walaupun situasi ni korang terpaksa hadapi setiap hari, ia merupakan suatu pengalaman yang indah bukan?

Foto : Carian Google

Sampul Raya Pelbagai Rekaan Serikan Sambutan Lebaran

Sampul Raya Pelbagai Rekaan Serikan Sambutan Lebaran

Setiap kali musim perayaan pastinya perkara yang penting adalah penyediaan duit raya oleh ibubapa untuk diberikan kepada anak-anak atau kanak-kanak yang berkunjung ke rumah.

Jika dahulu, sampul duit raya dihiasi dengan tulisan ucapan Selamat Hari Raya, Salam Aidilfitri namun jika kita lihat hari ini, perubahan “trend” sampul duit raya semakin kreatif dan juga menarik.

Bukan itu sahaja, sampul duit raya ini kebanyakannya kita memperoleh dari pusat membeli-belah, pusat institusi kewangan dan ada juga yang menempah khas mengikut cita rasa sendiri.

Perubahan terhadap rekaan sampul raya ini semakin kreatif dan menarik. Bagi kanak-kanak, mereka pastinya suka sampul raya yang mempunyai tema kartun kegemaran mereka. Jadi, mereka akan tersenyum riang apabila mendapat sampul raya kegemaran mereka.

Jom kita lihat rekaan – rekaan yang mungkin anda boleh jadikan rujukan untuk tahun hadapan sekiraya tidak sempat menempah untuk lebaran tahun ini.

 

 

 

 

 

 

Foto : Carian Google dan Instagram

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: