Select Page
“Adanya Social Media Ni, Semua Nak Bagi 2 Cents Masing-Masing Sampai Lupa Adab,” – Scha AlYahya

“Adanya Social Media Ni, Semua Nak Bagi 2 Cents Masing-Masing Sampai Lupa Adab,” – Scha AlYahya

Bekas juara Dewi Remaja yang kini sukses dan dunia seni dan bisnes, Scha AlYahya diakui sebagai antara selebriti yang tidak pernah kalah dalam bergaya. Bagaimanapun, bila namanya sudah selebriti, setiap yang dilakukan pasti ibaranya seperti ada yang tidak kena.

Misalnya ada netizen yang seakan tidak suka dengan penampilan terbaru aktres berkenaan yang bertindak memotong rambut lepas bahunya itu kepada potongan pendek baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon tersebut bertindak mengubah imej bagi merealisasikan watak menerusi lakonan terbaru.

Meski mendapat kecaman dan reaksi berbelah bahagi, bintang berusia 36 tahun ini tetap relak di dalam menghadapi ‘jauh’ papan kekunci yang melampau ini.

Malah, beberapa hari lalu, Scha telah memuat naik posting di Instagram berhubung dengan sikap sesetengah netizen yang dilihat ekstrem di dalam memberikan pendapat. Secara profesional, isteri kepada Awal Ashaari ini menulis;

“I realize the mind and the heart can be delicate without powerful spirit atau semangat yang kuat mahupun foundation yang kuat. Im blessed i am mentally and emotionally strong . Plus dengan ada nya social media ni, semua nak bagi 2 cents masing masing sampai lupa adab. practice kindness in anything u wanna do or say.

 

“Tak salah berlainan pendapat dan preference cuma deliver cara yang appropriate and tak perlu rude . So please be kind to other people dan tak perlu body shaming or make fun of people’s looks.

 

“Be kind and understand differences. The world needs more kindness . Selamat Hari Raya yang kedua guys hope everyone is having a blast,” tulisnya.

Entri berkenaan turut mendapat sokongan positif peminat yang rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu.

Foto: Instagram Scha Alyahya

[GAMBAR] Sama Tapi Tak Serupa, Wajah Pelajar 17 Tahun Ini Iras Park Bo Gum

[GAMBAR] Sama Tapi Tak Serupa, Wajah Pelajar 17 Tahun Ini Iras Park Bo Gum

Seorang pelajar di Busan, Korea menjadi tular sejak beberapa bulan lalu apabila wajahnya dikatakan mirip bintang terkenal negara itu, Park Bo Gum. Dikenali sebagai Kim Min Seo, pelajar berusia 17 tahun itu mendapat perhatian ramai.

Difahamkan, jumlah pegikutnya menerusi Instagram menggunakan akaun @kms.02.02 turut meningkat belasan ribu pengikut sejak wajahnya menjadi tular.

Nah, ini dia beberapa foto Kim Min Seo yang memang hampir tak tumpah dengan pelakon terkenal itu!

Foto: Instagram Kim Min Seo

Padam Gambar di IG & Alami Depresi, Haqiem Rusli Beri Bayangan Mahu Bersara Daripada Dunia Seni!

Padam Gambar di IG & Alami Depresi, Haqiem Rusli Beri Bayangan Mahu Bersara Daripada Dunia Seni!

Ahad lalu, penyanyi remaja, Haqiem Rusli mengejutkan para peminatnya apabila memberi bayangan akan bersara daripada industri muzik.

Penyanyi Jatuh Bangun itu membuat pengumuman berkenaan menerusi platform perkongsian gambar popular, Instagram.

Meski sudah memberi gambaran awal terhadap pengunduran dirinya tidak lama lagi, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli, 21, itu bagaimanapun memberitahu, dia hanya membuat keputusan berhubung perkara tersebut bulan depan.

“Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat. Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK, pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya.

 

“Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit.Buat masa sekarang saya mahu berehat dari SOCIAL MEDIA dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH,mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin.,kerana 70% peratus sudah diri saya mengatakan ia,tapi apa2 boleh berlaku,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang berusia 21 tahun itu juga turut meminta agar para peminat faham akan situasi sambil menyifatkan masalah depresi yang dialami sejak awal tahun masih berlarutan sehingga kini.

“Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June.

 

“Tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY. Keputusan akan diberitahu,” tulisnya.

Pengumuman penuh tanda tanya itu turut menimbulkan reaksi yang pelbagai di kalangan pengikutnya. Malah, akaun rasmi milik Haqiem juga tidak lagi aktif, hanya memiliki sekeping gambar yang merupakan posting berhubung pengumuman berkenaan.

 

“I Bukan Perempuan Kaki Kikis Duit Jutawan Kosmetik,” – Ifa Raziah Tempelak Siapa Lagi Ni?

“I Bukan Perempuan Kaki Kikis Duit Jutawan Kosmetik,” – Ifa Raziah Tempelak Siapa Lagi Ni?

Selebriti versatil, Ifa Raziah menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya mendakwa penyanyi yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser ini ‘mengikis’ wang usahawan kosmetik demi kepentingan dirinya.

Kenyataan tersebut dibuat Ifa menerusi Instagram miliknya baru-baru ini. Katanya, dia juga meminta pihak terbabit untuk senaraikan berapa jumlah wang yang dikatakan sudah dikikis bintang terbabit.

“Hello I BUKAN PEREMPUAN KAKI KIKIS Duit JUTAWAN KOSMESTIK. Sila senaraikan berapa byk DUIT JUTAWAN KOSMETIK yg Ifa dah kikis? 

 

“Org yg bergelar ‘Dato Seri’ atau ‘Dato’ berhutang duit dgn aku LAGI adalah…,”tulisnya lagi.

Menurut Ifa lagi, perniagaan yang diusahakannya kini dibangunkan hasil dari wang sendiri, tanpa meminta belas ihsan daripada orang lain.

“Aku buat bisnes ni dgn duit sendiri tak ada hutang tak ada meminta belas ikhsan orang lain. Sedangkan ada Jutawan nak melabur dlm bisnes aku pun tolak cara baik.

 

“Nak serbu stokis aku kat Singapore konon! Nak report lagi?? Ko siapa??? Produk aku ada lesen, masuk Singapore ada permit, bayar GST Singapore…ko tu yang seludup sambal ko secara haram dari Malaysia masuk Singapore!,” tempelak Ifa yang turut mendakwa, individu tersebut dikatakan pernah membuat laporan polis terhadap dirinya.

Bagaimanapun, kes tersebut tidak diteruskan seperti mana yang ditulis Ifa.

 

“Ko dah buat report polis atas aku dulu, tak puas2 lagi ke? Last2 bila aku follow up kes report, PDRM cakap tak ambik kes pun…kat Singapore pun tak jadi kes…Polis pun tak cari aku. Siapa yang malu skrg?? Ya Allah Malunya !!!

 

“Ko cuba lagi lah…Serang jer selagi mampu! Ko kan gila glamour! Suka cari publisiti murahan! Nak tumpang populariti orang! Teruskan….Cuba lagi,” tulis Ifa.

Syawal ke 3 😃😃 .. . . Hello I BUKAN PEREMPUAN KAKI KIKIS Duit JUTAWAN KOSMESTIK.. . . Sila senaraikan berapa byk DUIT JUTAWAN KOSMETIK yg Ifa dah kikis?! . . Org yg bergelar 'Dato Seri' atau 'Dato' berhutang duit dgn aku LAGI adalah…😤 . . Aku buat bisnes ni dgn duit sendiri tak ada hutang tak ada meminta belas ikhsan orang lain… Sedangkan ada Jutawan nak melabur dlm bisnes aku pun tolak cara baik… . . Nak serbu stokis aku kat Singapore konon! Nak report lagi?? Ko siapa??? Produk aku ada lesen, masuk Singapore ada permit, bayar GST Singapore…ko tu yang seludup sambal ko secara haram dari Malaysia masuk Singapore! . . Ko dah buat report polis atas aku dulu, tak puas2 lagi ke? Last2 bila aku follow up kes report, PDRM cakap tak ambik kes pun…kat Singapore pun tak jadi kes…Polis pun tak cari aku. Siapa yang malu skrg?? Ya Allah Malunya 🙈!!! . . Ko cuba lagi lah…Serang jer selagi mampu! Ko kan gila glamour! Suka cari publisiti murahan! Nak tumpang populariti orang! Teruskan….Cuba lagi… . . Tapi ifa nak credit jugak buat Partner Bisnes ifa dan juga designer kesayangan ifa ni baju raya dihadiahkan oleh @shanellharun 😍😍

A post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Lepas Ni Saya Akan All Out Untuk…,” – Datin Alyah

“Lepas Ni Saya Akan All Out Untuk…,” – Datin Alyah

Penyanyi, Datin Alyah mengakui akan memberi lebih perhatian terhadap perkembangan single terbarunya, Jutaan Purnama selepas ini.

Kata Alyah, meski lagu tersebut sudah pun sepenuhnya beberapa bulan lalu, namun rangka promosi terhadap lagu berkenaan hanya akan berjalan sejurus sambutan raya tahun ini.

“Saya sedar, ramai yang sudah bertanya mengenai lagu tersebut, malah sudah ada yang boleh dengarkannya menerusi media sosial. Bagaimanapun, banyak yang perlu saya tunggu untuk promosi Jutaaan Purnama.

 

Antaranya kerjasama dengan label muzik selain merakam kembali muzik video,”akuinya kepada MH.

Kata Alyah, sebelum ini proses penggambaran video muzik untuk lagu terbabit sudah pun siap, namun ia terpaksa dilakukan semula demi menjamin kualitinya mencapai standard seperti mana muzik videonya yang lain.

“Sebelum ini saya pernah fikir untuk lakukan proses penggambaran muzik video dalam skala yang lebih kecil, tetapi rasanya ia agak tidak sesuai dengan diri saya. Jadi kami ambil keputusan untuk reshoot kembali dan insyaAllah peminat akan dapat tontonnya selepas raya ini.

 

“Kalau nak diikutkan, perancangan untuk promosi itu mahu dilakukan lebih awal. Namun rasanya lebih baik beri laluan pada sambutan Syawal terlebih dahulu. Lepas ni saya akan all out untuknya,” kata bintang asal Gelang Patah, Johor ini yang meraikan Aidilfitiri di ibu kota sahaja.

Sebelum ini, isteri kepada Datuk Ramli MS ini juga cukup sinonim menerusi lagu-lagu berentak balada yang sukses seperti Tak Mungkin Kerna Sayang, Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: