Select Page
‘Tak Pergi Terawih Ke?’- Sajat Dikecam Muat Naik Foto ‘Goodnight’ Di Laman IG

‘Tak Pergi Terawih Ke?’- Sajat Dikecam Muat Naik Foto ‘Goodnight’ Di Laman IG

Alahai, kasihan MH lihat pengasas kosmetik, Nur Sajat yang tidak habis-habis menjadi bahan kecaman ramai.

Ada sahaja yang dilakukannya tidak kena di mata netizen.

Baru-baru ini, Sajat memuat naik dirinya mengenakan pakaian tidur dan mengucapkan ‘selamat malam’ di laman Instagram miliknya.

“Malam ini tidur awal, good night,”tulisnya.

Berikutan itu, netizen mempersoalkan sama ada Sajat tidak menunaikan solat sunat terawih memandangkan sekarang ini bulan ramadan.

Malah, ada juga komen netizen mengenai pakaian tidurnya itu.

Netizen ni pun, pada MH, mungkin Sajat ada sebab tersendiri. Korang jangan mudah menuduh.

Tak pun, Sajat dah buat terawih di rumah, kita tak tahu kan? Tak pasal-pasal menuduh, dapat dosa pulak.

Apa-apapun, janganlah bergaduh, mengutuk, mengeji, menghina atau mengeruhkan lagi keadaan. Jom kita baca al-Quran selama 1 jam pada 7 Jun 2018 bersama-sama.

Sumber: IG Nur Sajat

‘Banyak Kali Saya Tanya, Serius Ke?’- Izreen Azminda Tak Sangka Masih Diberi Kepercayaan Jadi Duta

‘Banyak Kali Saya Tanya, Serius Ke?’- Izreen Azminda Tak Sangka Masih Diberi Kepercayaan Jadi Duta

Nama Izreen Azminda memang sering menjadi kecaman ramai sejak kontroversi yang melibatkan dirinya, suami, Ude Wahid dan juga bekas isteri Ude, Intan Liana Saleh sejak tahun lalu.

Malah Izreen juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kurang mendapat tawaran bekerja sejak kontroversi tersebut

Bagaimanapun, pelakon tersebut nyata bersyukur apabila diberikan peluang dan kepercayaan menjadi duta untuk produk M.A.C.F baru-baru ini.

“Banyak kali saya bertanya kepada pengasas produk, Kak Azura Baharudin,’betul ke nak ambil saya? saya ni banyak kontroversi’.

“Namun pihak mereka kata okey dan menyakinkan saya untuk menjadi duta mereka mengatakan bahawa pihak mereka hanya ambil yang positif dan buang perkara negatif.

“Alhamdulillah,mungkin kerana perkara ini orang dah lupa tentang isu tersebut dan tawaran pun dah masuk kembali,” katanya ketika sidang media pelancaran produk tersebut.

Terdahulu, Izreen dan Ude dilaporkan bernikah pada Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Damansara.

Ude yang ketika itu merupakan suami kepada Intan Liana Saleh mempunyai dua orang cahaya mata bersamanya, Arish Muqri 4 tahun dan Areq Muqri, 2 tahun.

Kontroversi hebat melanda pasangan tersebut apabila Ude menceraikan Intan dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Izreen juga mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 5 tahun dengan perkahwinan terdahulunya, Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 dan bercerai pada 2014.

Comel! Big Bang, Seungri Tunjuk Bukti Kawan Baik Dengan EXO, Sehun

Comel! Big Bang, Seungri Tunjuk Bukti Kawan Baik Dengan EXO, Sehun

Ohmy! Ahli kumpulan Big Bang, Seungri memuat naik fotonya bersama ahli termuda grup EXO, Sehun membuktikan bahawa mereka memang rapat selama ini.

Seungri sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang mempunyai ramai kawan namun tiada siapa menyangka bahawa dia rapat dengan Sehun.

“Persahabatan ini, hanya kita berdua sahaja yang tahu. Sudah 3 tahun sejak kita menjadi kawan. Semuanya secara tiba-tiba dan tidak dirancang seperi kilat,” tulisnya.

Persahabatan mereka disambut baik para peminat kedua-dua grup tersebut terutamanya apabila mereka berdua memegang ‘title maknae’ dalam kumpulan masing-masing.

 

MH difahamkan bahawa persahabatan antara artis YG dan SM Entertainment adalah jarang berlaku kerana kedua-dua pengasas syarikat itu sendiri tidak berada dalam keadaan yang elok.

Sementara itu, beberapa minggu lalu, Seungri menghantar ‘food support’ kepada Sehun yang ketika itu dalam penggambaran filem web, ‘Dokgo Rewind’.

Sejak itu, ramai peminat tertanya-tanya sejak bilakah kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain. Nampaknya persoalan tersebut sudah terjawab.

Setakat ini, satu-satunya ahli Big Bang yang aktif adalah Seungri manakala T.O.P, G Dragon, Taeyang dan Daesung kini sedang melakukan latihan ketenteraan mereka.

Seungri bakal mengikut jejak langkah ahlinya dalam masa terdekat ini.

Sumber: Soompi

Bosan Dikecam, Bella Thorne Balas Balik Pada Netizen

Bosan Dikecam, Bella Thorne Balas Balik Pada Netizen

Isu buli siber ini bukan lah satu perkara baru di kalangan netizen kini. Boleh dikatakan hampir setiap saat ada sahaja isu buli ini terjadi.

Selain daripada orang biasa, para selebriti antara individu wajib menjadi mangsa buli siber ini, ada sahaja yang dibuat bakal menjadi kecaman orang ramai.

Pelakon, Bella Thorne merupakan salah seorang mangsa buli siber ini. Baru-baru ini, dia ada memuat naik foto dirinya tanpa mekap di laman Instagram miliknya.

“Saya gembira kerana akan ‘release’ dua lagu pada Jumaat ini,” tulisnya.

Happy girl because I’m releasing two songs on Friday #GOAT #BITCHIMBELLATHORNE

A post shared by BELLA (@bellathorne) on

Bagaimanapun, dia menerima kecaman ramai kerana wajah tanpa ‘mekap’nya itu. Kalau korang ingat ‘makcik bawang’ kat Malaysia ini dah teruk, rakyat Amerika lagi kejam.

Berikutan itu, Bella tidak mengambil langkah berdiam diri dan memuat naik ‘tweet’ di Twitter menyelar para pembuli siber tersebut.

“I don’t like 2018 you guys just try and rip apart every single thing you see. It’s disgusting.

“You can’t just for one second think hmm this is a real person I’m talking too. A real human being just like yourself,” tulisnya.

Kasihan betul MH baca kisah Bella ini, tahukah korang sebenarnya ramai yang menjadi mangsa buli siber ini di Amerika Syarikat membuatkan ada sesetengah mangsa mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Moga-moga keadaan seperti itu tidak terjadi di Malaysia.

‘Feel Disgusted and Cheated’ – Ini Respon Chef Wan Isu Rampasan Polis Di Kondominium Mewah

‘Feel Disgusted and Cheated’ – Ini Respon Chef Wan Isu Rampasan Polis Di Kondominium Mewah

Rampasan mengejutkan pihak polis awal pagi tadi nyata mengejutkan rakyat Malaysia

Kalau melihat pada jumlah rampasan tersebut yang terdiri daripada beg tangan mewah, wang tunai dan juga beberapa barangan mewah memang sangat mengejutkan.

Dalam pada itu, MH turut difahamkan bahawa rampasan barangan tersebut dipercayai milik bekas pemimpin negara!

Berikutan itu, Chef Selebriti Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan meluahkan rasa amarahnya menerusi laman Instagram miliknya.

“So disgusted and felt cheated watching all this lorry of stuff that being taken out of ‘Najib’ home.

“Pagi ini all that millions of cash to gold bars and watches became the hot topic of every citizen in this country.

“Itu belum lagi dari menteri-menteri yang lain yang ketika ini mesti panas hidup mereka anak beranak!” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia turut mengkritik penyokong-penyokong pemimpin tersebut yang masih memberikan sokongan sedangkan bukti sudah nyata di depan mata.

“Sibuk penyokong-penyokong, penyangak-penyangak ini living in denial konon tak baik buat mcm ni masa bulan ramadan dan jgnlah aibkan mereka etc.

“Eh! nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu kan dan menguna diplomasi dan sebagainya?

“Its shocking to see so many cowards in this country patut la mereka-mereka ini di tipu hidup -hidup sampai sanggup nak gadai kan negara ini?

“Mereka ini tak faham ke yang segala yg kita perjuangkan ini untuk siapa? Jika tidak masa depan generasi kita di akan datang?”tulisnya lagi

Sementara itu, Chef Wan turut berkongsi sejarah apa terjadi kepada pemimpin dahulu yang dikatakan menzalimi rakyat.

“Bila melihat kejadian ini teringat kan kisah the French Revolution berzaman dahulu di mana Queen Marie Antoinette itu sampai di pengal kan kepala nya akibat rakyat jelata dizaliminya.

“What about regime Marcos, Gadaffi, Mubarak, Saddam dan banyak lagi.How can we even put up with all this corrupt leaders yg di akhirnya menjerut leher mereka sendiri.

“Tak payah la nak nasihat kita yg memperjuang kan keadilan di negara ini dengan hujah-hujah kau org tu pasal mengaibkan mereka sedang kan berita ini its all over the world News pun and its so embarrasing for this country pun.

“Bangkai gajah itu boleh ke di tutup lagi dik nyiru tu?Jika kita ni bodoh sekali pun jangan lah sombong dan bongkak masih mahu menegak kan benang yg basah lagi?

“Bila saya bercakap begini ramai yang sentap tetapi how do we wake up all these Malay people from their sleep and face the truth and reality of this country corruption yang berleluasa sangat?

“Malu bangsa kita mau pun negara. Itu pun masih ada yg menundung jari menyalah kan Cina kononnya Menteri Kewangan tak boleh beri pada Cina and all this crap!” tulisnya lagi.

So disgusted and felt cheated watching all this lori of stuff that being taken out of Najib home. Pagi ini all that millions of cash to gold bars and watches became the hot topic of every citizen in this country. Itu belum lagi dari Menteri2 yg lain yg ketika ini mesti panas hidup mereka anak beranak! Sibuk penyokong2 penyangak2 ini living in denial konon tak baik buat mcm ni masa bulan ramadan dan jgn lah aib kan mereka etc. Eh nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke dan menguna diplomasi dan sebagainya? Its shocking to see so many cowards in this country patut la mereka2 ini di tipu hidup 2 sampai sanggup nak gadai kan negara ini? Mereka ini tak faham ke yg segala yg kita perjuangkan ini untuk siapa? Jika tidak kerana masa depan generasi kita di masa akan datang? Bila melihat kejadian ini teringat kan kisah the French Revolution berzaman dahulu di mana Queen Marie Antoinette itu sampai di pengal kan kepala nya akibat rakyat jelata di zalimi nya. What about regime Marcos, Gadaffi, Mubarak, Saddam dan banyak lagi. How can we even put up with all this corrupt leaders yg di akhirnya menjerut leher mereka sendiri. Tak payah la nak nasihat kita yg memperjuang kan keadilan di negara ini dgn lecture2 kau org tu pasal mengaib kan mereka sedang kan berita ini its all over the world News pun and its so embarrasing for this country pun. Bangkai gajah itu boleh ke di tutup lagi dik nyiru tu? Jika kita ni bodoh sekali pun jangan lah sombong dan bongkak masih mahu menegak kan benang yg basah lagi? Bila saya bercakap begini ramai yg sentap tetapi how do we wake up all this Malay people from their sleep and face the truth and reality of this country corruption yg berluasa sangat? Malu bangsa kita mau pun negara. Itu pun masih ada yg menundung jari menyalah kan Cina kononnya Menteri Kewangan tak boleh beri pada Cina and all this crap!

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Fuh! Panjang berjela kau Chef Wan bagi, siap masuk bab sejarah lagi. Apa-apapun, MH harap semua rakyat Malaysia boleh bertenang dan tunggu pihak polis beri kenyataan rasmi sebelum mula membawang.

sumber: IG Chef Wan

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: