Select Page
Kembar Ke? 14 Artis Malaysia Ini Punya Wajah Yang Seiras

Kembar Ke? 14 Artis Malaysia Ini Punya Wajah Yang Seiras

Mungkin ada perasan dan ada juga yang tidak perasan bahawa para artis di negara kita ini ada yang memiliki wajah yang seiras.

MH pernah dengar orang kata dalam dunia ni ada tujuh orang yang mempunyai rupa seiras dengan kita.

Ok lah MH tak nak cakap panjang lebar, jom MH belanja korang gambar 14 artis yang mempunyai raut wajah yang hampir sama.

1. Wawa Zainal & Ayda Jebat

 

2. Dayana Roza & Scha Alyahya

 

3. Ruhainies & Nora Danish

 

4. Remy Ishak & Azrel Ismail

 

5. Rafidah Ibrahim & Datuk Seri Siti Nurhaliza

 

6. Sudirman & Que Haidar

 

7. Nadia Nisa & June Lojong

 

Fuh kalau sekali pandang MH ingat dorang ni kembar. Tapi rupanya hanya muka sahaja yang seiras.

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

#MHRecap: Ajal Tidak Mengenal Usia, Ini 5 Artis Malaysia Meninggal Dunia Di Usia Muda

Setiap yang hidup pasti akan mati dan tiada siapa yang dapat lari daripada takdir itu.

Mati juga tidak mengenal usia, ada yang meninggal di saat diri sudah dimamah usia dan ada juga yang kembali kepada penciptaNYA di usia yang masih muda.

Kali ini MH mahu berkongsi dengan korang semua lima artis Malaysia yang meninggal di usia muda.

 

1. Along Spoon

Mungkin ada yang sudah lupa dengan kisah kematian vokalis kumpulan Spoon, Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie yang mati dibunuh dengan kejam dan berita ini menggemparkan seluruh negara.

Mayat Along ditemui dalam keadaan berikat di dalam guni yang dicampakkan di dalam gaung yang terletak di sebuah kawasan sunyi di Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Arwah Along telah dibunuh pada Disember 1999 dan pada ketika dia berusia 19 tahun.

 

2. Yanie Mentor

Yanie merupakan seorang penyanyi yang lahir daripada sebuah rancangan realiti Mentor musim pertama.

Penyanyi ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2010 akibat ketumbuhan di paru-paru. Pada waktu itu arwah Yanie baru sahaja beruisa 25 tahun.

 

3. Faizal Yusof

Pelakon, Faizal Yusof merupakan seorang yabv sangat berbakat dalam bidang lakonan dan dia juga merupakan bekas suami kepada penyanyi popular, Siti Nordiana.

Faizal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2011 ketika usianya 33 tahun akibat serangan jantung.

 

4. Izwan Pilus

Izwan Pilus merupakan seorang penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum. Penyanyi ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2012.

Ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir, usianya ketika itu ialah 32 tahun dan dia meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan juga jangkitan kencing tikus yang serius.

 

5. Achik Spin

Vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari telah pergi buat selama-lamanya ketika berusia 27 tahun. Pada tahun 2010, Achik telah terlibat dengan kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban.

Arwah Achik tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaan setelah kereta jenis Toyota Estima yang dinaikinya terbabas melanggar papan tanda. Kenderaan tersebut juga turut terbakar di tempat kejadian.

Selain Shila Amzah, 3 Selebriti Ini Juga Pandai Cakap Bahasa Asing!

Selain Shila Amzah, 3 Selebriti Ini Juga Pandai Cakap Bahasa Asing!

Selalunya kita dapat lihat ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu majoritinya hanya menguasai bahasa Melayu dan Inggeris sahaja.

Jika korang boleh bercakap melebihi dua bahasa tersebut seperti bahasa Cina, Tamil itu merupakan kelebihan buat korang.

Tapi ada juga yang lebih hebat kerana dapat menguasai bahasa asing dari negara-negara tertentu seperti bahasa Korea, Jepun, Perancis dan banyak lagi.

Kali ini MH mahi berkongsi dengan korang semua empat artis di negara ini yang hebat bertutur dalam bahasa asing.

 

1. Shila Amzah – Bahasa Mandarin

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi, Shila Amzah memang hebat bertutur dalam bahasa mandarin jadi tidak hairanlah dia dapat meluaskan kariernya sebagai penyanyi di negara tembok besar, China.

 

2. Mawar Rashid – Bahasa Thailand

Kalau korang nak tahu pelakon cantik dan comel, Mawar Rashid pandai bertutur dalam bahasa Thailand. Mawar mempunyai darah kacukan Siam di mana ibunya berasal dari Chiang Mai, Thailand.

 

3. Keith Foo – Bahasa Indonesia

Ramai yang tak tahu bahawa pelakon kacak, Keith Foo hebat bertutur dalam bahasa Indonesia dengan fasih. Ini kerana pelakon yang berasal dari Negeri Sembilan ini sering mendapat tawaran berlakon di Jakarta, Indonesia dan disebabkan itu dia fasih berbahasa Indonesia.

 

4. Maya Karin – Bahasa German

Ha buat korang yang tak tahu, pelakon popular, Maya Karin sebenarnya hebat bertutur dalam bahasa German kerana dia dilahirkan di German dan ayahnya juga berasal dari German jadi tidak peliklah Maya boleh bertutur dalam bahasa German dengan begitu fasih sekali.

7 Selebriti Popular Yang Ada Anak Dara Jelita & Cun Melecun!

7 Selebriti Popular Yang Ada Anak Dara Jelita & Cun Melecun!

Kalau dah ibunya cantik dan bapanya handsome, anaknya pasti dapat tempias dari ibu dan bapanya kan?

Tak sangka ada selebriti di negara kita ini rupa-rupanya mempunyai anak dara yang sangat cantik saling tak tumpah seperti ibu dan bapa mereka.

Jom MH nak kongsikan dengan korang tujuh selebriti popular negara yang ada anak dara jelita!

 

1. Marissa Dania – Anak Abby Abadi

 

2. Kasih Iris Leona – Anak Azhar Sulaiman

 

3. Nur Dayini Asyiqah – Anak Mas Idayu

 

4. Nur Naffiz Syahiddah – Anak Liza Abdullah

 

5. Ruhila Roslan – Anak Normala Shamsuddin

 

6. Puteri Julia Nabilah – Anak Ziela Jalil

 

7. Fadira Fatini Kazaruddin – Anak Kazar Saisi

 

Ha korang dah tengok kan, amacam cantik tak, mana yang paling menangkap jiwa?

4 Kucing Popular Di Media Sosial, Kalah Selebriti!

4 Kucing Popular Di Media Sosial, Kalah Selebriti!

Kalau korang perasan zaman moden ni, kucing pun dah ada akaun media sosial sendiri.

Malah follower kucing-kucing ini lebih banyak daripada selebriti! Kalah artis chuolls!

Ok jom MH nak tunjuk kat korang kucing selebriti mana lah agaknya yang popular mengalahkan artis tu.

 

1. Bujibu Chempel

Kucing comel ini adalah milik kepada pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dan mempunyai followers di Instagram seramai 1.1 juta pengikut.

 

2. Dodi atau Kucing Ajaib

Dodi merupakan seekor kucing yang berasal dari Afrikan dan berbala Savannah. Tuan kepada Dodi atau nama Instagramnya, Kucing Ajaib ini adalah milik kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Dodi mempunyai seramai 19.1 ribu follower di Instagram.

 

3. Pandarudin

Ha kucing yang bernama Pandarudin ini adalah milik kepada pelakon popular, Yana Samsudin. Pandarudin juga popular di Instagram dan jumlah pengikutnya melebihi daripada 22,000 orang. Fuh kalah artis!

 

4. Beshetik

Kucing comel dan gebu ini merupakan kucing peliharaan kepada pelakon wanita popular, Zara Zya. Fuh comel betul MH tengok Beshetik ni jadi tak pelik lah followers dia di Instagram melebihi 26,000 pengikut.

Kan MH dah cakap populariti kucing-kucing ni semua kalah artis chuolls!

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: