Select Page
‘Zaman Mereka Dah Berlalu, Kami Hanya Ingin Jadi Pelapis’ – Wani Kayrie

‘Zaman Mereka Dah Berlalu, Kami Hanya Ingin Jadi Pelapis’ – Wani Kayrie

Nampaknya seminggu ini isu kredibiliti penyanyi baru sering dipertikaikan. Malah ada yang menganggap mereka masih belum layak untuk menyertai beberapa pertandingan besar.

Malah ramai juga mendakwa, dengan hanya punyai followers yang tinggi di media sosial ia seakan tiket emas untuk mereka semua bergelar selebriti.

Jika sebelum ini MH ada dapatkan kenyataan daripada selebriti senior, kali ini kami dapatkan pula pandangan dari ‘orang muda’ tentang isu ini.

Popular menerusi lagu Jangan-jangan dan pernah memenangi pertandingan Kamilah Bintang Wani kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu MH rezeki itu bergantung pada diri masing-masing dan akui zaman sudah berubah.

“Saya tahu tentang isu ini. Tapi apa yang boleh saya katakan benda ini bukan salah kami sebagai pendatang baru, sebab yang buat lagu-lagu kami pun bukanlah baru seperti kami. Kebanyakan komposernya yang buat lagu kami sudah berpengalaman.

 

“Saya faham, mengapa ada yang kata kami artis baru seperti bolot semua show yang ada ini kira sesuatu yang adil. Sekarang ini zaman kami, zaman mereka mungkin sudah berlalu. Kami hanya ingin menjadi pelapis mereka sahaja.

 

“Setiap lagu yang bagus sebenarnya bergantung dengan bagaimana teknik nyanyian seseorang itu bukannya hanya bergantung pada artis baru atau lama sahaja. Apa yang penting asalkan lagu itu sampai ke hati pendengar.”

 

“Ya media sosial sebenarnya memang satu advantage untuk kami, tapi jika kita lihat balik, tak ada bezanya. Mereka juga ada keluar majalah, surat khabar, televisyen dan lebih bertuah mereka boleh rakam lagu dan dapat royalti melalui cetakan CD atau album. Di zaman kami, susah untuk kami sebagai selebriti baru untuk keluarkan album. Orang dah tak beli CD.

 

“Kalau fikirkan semula mereka juga ada kelebihan. Saya akui memang kami ada kemudahan lebih tetapi lagi banyak kemudahan, lagi senang orang jadi selebriti. Kami terpaksa bersaing sesame sendiri dan berkerja keras untuk meyakinkan orang ramai kami antara yang bagus. Jadi kami ambil medium lain seperti media sosial untuk promosikan diri dan lagu.

 

“Saya percaya inilah orang kata Zaman berubah, rezeki masing-masing pun berubah tetapi masih adil kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing,” Jelasnya pada MH ketika di majlis pelancaran Program radio Astro, Zayan.

Sebenarnya MH agak bersetuju dengan kata Wani, mungkin ada sesetingah pihak tidak nampak, sebenarnya artis baru turut bergelut nasib untuk mengekalkan kredebiliti mereka.

Malah, bila bercakap tentang populariti di instagram, boleh dikatakan itu adalah antara Inisiatif mereka untuk terus dikenali dan bergelar selebriti.

Apapun MH harap orang ramai janganlah terus menghakimi artis-artis baru. Berikan mereka sedikit waktu untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan lagi mutu persembahan.

“I Let You In And You Destroyed Me” – Ruhainies Luah Kekecewaan Di Twitter?

“I Let You In And You Destroyed Me” – Ruhainies Luah Kekecewaan Di Twitter?

Sejak akhir-akhir ni, MH perasan pelakon cantik kecil molek Ruhainies agak kerap tweet ayat-ayat sedih di Twitter.

Pada mulanya kami fikirkan Ruhainies hanya sekadar ingin kongsikan perasaanya ketika itu tetapi lama kelamaan luahannya itu seperti semakin mendalam.

Hmmmmm ada apa-apa yang terjadi ke?

MH segera mendapatkan tuan punya badan dan bertanya sendiri apakah yang terjadi sebenarnya.

Menurut Ruhainies sebenarnya tiada apa yang membimbangkan terjadi sebaliknya hanya sekadar ingin berkongsi perasaannya ketika itu.

Dalam masa yang sama, Ruhainies memberitahu dia hanya ingin melepaskan tekanan dengan cara sebegitu.

“Tiada apa yang terjadi. Kalau nak cakap tentang putus cinta, saya tak bercinta pun. Tetapi biasalah perempuan ni memang macam tu. Lagi-lagi ada musim tertentu. Cuma ini adalah cara saya untuk release tension.

 

“Saya tak kisah sangat untuk kongsikan perkara ini di twitter sebab saya hanya menggunakan twitter ini dikala bosan sahaja. Kalau dalam kereta, perjalanan yang panjang, saya pasti akan tweet sesuatu untuk mengelakkan diri kebosanan,” jelasnya sambil ketawa.

Ruhainies yang kini sedang sibuk dengan pengambaran drama Cinta Lemon Madu yang bakal ditayangkan di TV3 slot Lestary ini memberitahu kini dia sedang sibuk juga dengan beberapa appearance event dalam masa yang sama.

MH juga tertarik dengan salah satu posting Ruhainies yang menyuarakan kebimbangannya terhadap nasib perempuan yang menjadi mangsa di sekitar Shah Alam baru-baru ini dan Ruhainies turut berkongsi pendapatnya tentang isu ini.

“Perkara ini tidak hanya terjadi di sekitar Shah Alam, mana-mana juga boleh berlaku. Apa yang saya nak beritahu, walaupun Malaysia sebuah negara yang aman tetapi benda-benda seperti ini masih terjadi.

 

“Apa yang saya ingin beritahu pada orang ramai terutamanya gadis-gadis, jangan keluar seorang diri. Sebaiknya, ajak teman untuk menemani ke mana sahaja dan jika boleh elakkan dari keluar seorang diri waktu malam.

 

“Bukan bermakna keluar pagi tiada apa akan berlaku, tetapi sekurang-kurangnya peluang untuk terjadi agak tipis berbanding malam,” jelasnya pada kami.

Ada benar kata Ruhainies, kalau boleh dielakkan mengapa perlu dekatkan diri dengan risiko jenayah bukan? Sekarang macam-macam perkara boleh berlaku.

Apapun MH doakan seupa Ruhainies semakin gembira dan ceria selalu.

Luah Perasaan Di Twitter, Fathia Ada Masalah Ke?

Luah Perasaan Di Twitter, Fathia Ada Masalah Ke?

Semalam MH ada ternampak beberapa tweet artis wanita popular, Fathia Latiff yang dilihat seperti mempunyai maksud tersirat disebalik setiap kata-kata yang diluahkannya.

Namun disebalik itu, MH sendiri tertanya-tanya apa yang terjadi? Mengapa Fathia post tweet seperti itu.

Dalam masa yang sama, MH juga ada terbaca dalam satu portal hiburan Astro Gampak, ruangan Miss K mereka ada bercerita tentang Fathia mempunyai masalah disiplin dengan sebuah produksi.

Menurut sumber, salah seorang krew produksi tidak berpuas hati dan tidak dapat menahan perasaan marah atas sikap tidak bertanggung jawab pelakon tersebut.

Produksi tersebut merupakan krew produksi untuk program Sepahtu Reunion Live yang disiarkan pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam.

Pada episod yang lepas, sepatutnya artis jemputan di rancangan itu adalah Fathia namun mereka terpaksa menukar rancangan kerana Fathia dia katakan langsung tidak muncul dilokasi pengambaran.

“Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

 

“Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

 

“Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

 

“Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

 

“Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

 

“Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya.. Macam mana nak live tu?,” kata krew tersebut kepada Miss K, Astro Gempak.

Tambah krew tersebut lagi, akhirnya pihak produksi terpaksa muncul dengan plan B, di mana meminta pelakon wanita, Siti Elizad untuk menggantikan tempat Fathia dan dia bersetuju walaupun dipanggil pada saat-saat akhir.

Pujian juga diberikan oleh produksi kepada Siti Elizad yang sedia membantu untuk menjadi penyelamat di saat genting.

Tetapi bila difikirkan semula mungkin ada beberapa tweet Fathia yang ada kena mengena dengab situasi ini.

Namun sejauh mana kebetulannya tidaklah kami tahu. Tuan punya badan pasti lebih tahu bukan?

Apapun sebagai seorang selebriti perkara yang paling penting perlu ada pada mereka adalah disiplin dan selalu punctual pada setiap call time yang telah diberikan.

Tetapi seingat kami ini bukanlah kali pertama dengar isu seperti ini. Ada juga beberapa kali. Tetapi kami percaya Fathia pasti ada jawapan dan alasannya yang tersendiri bukan? Jadi sama-sama kita nantikan jawapan dari Fathia jika dia benar-benar terbuka untuk berkongsi pada semua.

Sumber: Twitter Fathia & Astro Gempak

Veil Izara Jadi Bahan Bualan Orang Ramai? Nah Kapsyen Datuk Rizalman Ibrahim Memang Win!

Veil Izara Jadi Bahan Bualan Orang Ramai? Nah Kapsyen Datuk Rizalman Ibrahim Memang Win!

Sejak gambar-gambar pernikahan Izara mula membanjiri media sosial, ramai yang tidak putus memuji betapa cantiknya Izara malam tadi.

BACA: #MHBreakFirst: [EKSLUSIF] Izara Aishah, Adib Khalid Sah Suami Isteri

Dengan persalinan off white hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim, Izara nampak cukup klasik dan menawan dengan sentuhan konsep Sopan Couture dan Future classic.

Namun dalam ramai-ramai yang memuji masih ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menjadikannya sebagai bahan perbualan.

Rata-rata netizen berkata mereka tiada masalah dengan pakaian yang dikenakan Izara, tetapi veil atau selendang yang dipakai itu agak tidak kena dan kononnya agak menganggu.

Namun melalui sebuah posting di Instagram, MH ada terjumpa kata-kata dari pereka pakaian ini, menurutnya di malam majlis pernikahan Izara orang ramai akan melihat sati trend baru dalam rekaan persalinan pengantin.

Jadi tidak hairanlah mengapa pakaian Izara agak lain daripada yang lain.

Malah Rizalman turut menjelaskan untuk membuat pakaian tersebut bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan.

Rizalman turut memberitahu dia telah menjelajah dunia untuk dapatkan inspirasi khas buat pakaian pengantin Izara.

“To my adik @izaraaishahofficial … I travelled the world to find inspirations for your wedding, when u menangis on my shoulder last night thanking me on everything , i baru teringat you used to say this.. ‘cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat wedding cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat wedding Rizalman,” tulisnya di ruangan kapsyen.

To my adik @izaraaishahofficial … I travelled the world to find inspirations for your wedding, reading and finding those historic silhouette as early as early 18th centuries frm abroad and local, from museums to palaces.. Sourcing the material and implementing the new couture technics, hours of labors were needed to finish this masterpiece… attended various theatres in overseas to watch and learn the staging and lighting effects in order to create those ‘nikah and drama’ elements…when u menangis on my shoulder last night thanking me on everything , i baru teringat you used to say this.. ‘cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat wedding cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat wedding Rizalman #rizalmanbrides

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Dalam masa yang sama pereka pakaian ini juga telah memberitahu semua pengikutnya ini merupakan ‘muse’ untuk Rizalman For Zalora 2018.

Announcing the Muse for #rizalmanforzalora2018.

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Apapun bagi MH, kami kurang bersetuju dengan individu yang memberi komen negatif tentang pakaian ini.

Bagi kami ia sangat luar biasa dan cukup kena dengan konsep Rizalman mahukan kelainan dan lari dari klise. Malah kami rasa, jika kita takut untuk berubah, sampai bila-bila kita akan tetap begitu sahaja. Good Job Rizalman!

#MHBreakFirst: [EKSLUSIF] Izara Aishah, Adib Khalid Sah Suami Isteri

#MHBreakFirst: [EKSLUSIF] Izara Aishah, Adib Khalid Sah Suami Isteri

Pelakon Izara Aishah, 25, kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz jam 9 malam semalam.

Pasangan sama cantik sama padan itu telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Pada majlis yang diadakan di sebuah lokasi di Damansara itu, bekas finalis Dewi Remaja 2010/11 itu menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Bagaimana pun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan pengantin.

Sementara itu, majlis akad nikah tersebut telah dilakukan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.

Terdahulu, pasangan yang menyarung persalinan ilham Dato’ Rizalman Ibrahim ini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Majlis yang turut mendapat sentuhan perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Marsha dan Kilafairy.

Antara rakan artis yang turut hadir meraikan pengantin ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Ini dia beberapa gambar di persekitaran majlis pernikahan mereka…

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "