Biarpun perlu bersaing dengan bakat baru yang hadir bersama pakej populariti untuk dapat tempat dalam industri, pelakon Amar Asyraf tidak pernah jadikan ia sebagai sesuatu yang menggugat dirinya.

Apa yang lebih penting bagi Amar adalah sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerja, selain meneruskan usaha memperbaiki segala kelemahan yang ada pada dirinya.

‘Asal Sahaja Tidak Abai Rumah Tangga…’ – Amar Asyraf

Atas prinsip itu, setiap kali terlibat sesuatu projek lakonan, Amar akan pastikan komitmennya biarpun ada ketika dia harus melakukan sesuatu yang bukan jadi kebiasaannya sebagaimana filem terbaru lakonannya, Blok 404.

“Dalam Blok 404, saya jadi pemuda bermasalah dan terlibat pelbagai aktiviti tidak sihat. Ia sangat bertentangan dengan karakter sebenar saya dan watak sebegini belum pernah saya bawakan sebelum ini, ” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Blok 404, baru-baru ini.

Mengulas tentang keberaniannya menjayakan beberapa babak panas dalam filem terbarunya ini, kata Amar, dia hanya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebaik mungkin sebagai pelakon.

IKLAN

‘Asal Sahaja Tidak Abai Rumah Tangga…’ – Amar Asyraf

Biarpun sedar tindakannya itu bakal mengundang persepsi negatif masyarakat, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Setia Hujung Nyawa ini mengakui tidak kisah berdepan situasi itu kerana apa yang dilakukan itu hanyalah semata-mata kerana kerja.

Selain aktif sebagai pelakon, Amar juga aktif dengan kerja-kerja di belakang tabir, malah turut dikenali sebagai pengarah menerusi beberapa pementasan teater sebelum ini.

IKLAN

Terbit program YouTube

Terbaru, Amar yang merupakan pemegang Diploma Pengarahan dan Lakonan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ini bakal tampil teater terbaru arahannya, Perempuan Satu Malam yang bakal di pentaskan di Auditorium JKKN pada 28 hingga 30 Julai ini.

“Ramai yang lebih mengenali saya sebagai pelakon, namun sebenarnya saya juga terlibat secara aktif dalam pementasan teater di mana saya turut mengarah dan menulis skrip untuk beberapa naskhah pentas.

“Saya suka dengan kerja belakang tabir kerana ia beri kepuasan yang kadang-kala sukar digambarkan di mana kita jadi orang bertanggungjawab menggerakkan sesuatu karya sebelum dipertontonkan kepada orang ramai.

“Hujung minggu ini, teater terbaru arahan dan tulisan saya bersama Namron, Perempuan Satu Malam bakal menemui penonton dan saya harapkan apa yang kami ketengahkan dalam naskhah tersebut dapat memberikan sesuatu buat penonton dan masyarakat secara amnya,” katanya yang teruja bekerja dengan Namron dan Ellie Suriaty dalam pementasan itu.

‘Asal Sahaja Tidak Abai Rumah Tangga…’ – Amar Asyraf

IKLAN

Meneruskan kesinambungan minatnya dengan kerja-kerja belakang tabir, Amar juga memutuskan untuk mengembangkan syarikat produksinya, Ava Stage dan kini terlibat program untuk siaran YouTube.

“Produksi ini saya usahakan bersama isteri saya dan kami sedang giat menerbitkan program-program santai yang berkonsepkan tentang tempat makan, lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi dan sebaginya.

“Saya sendiri shoot video itu dan saya jugalah edit bahan terbabit dari awal sehinggalah ia siap dengan sempurna dan disiar kepada umum,” akuinya.

Dalam pada itu, Amar juga meluahkan rasa bertuahnya kerana mempunyai isteri, Arna Salleh, yang memahami dan sentiasa menyokong kerja seninya tanpa syarat asal sahaja dia tahu batas dan tidak mengabaikan rumah tangga.

“Saya bertuah kerana isteri saya cukup memahami minat saya dalam seni,” katanya.

 

Teks : Wawann Mohd

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI