Sekalipun terpalit dengan kontroversi, DBI Entertainment Sdn Bhd tetap akan meneruskan pementasan teater Kontena 404 di Istana Budaya.

Pengurus Besarnya, Lyana Zulkepli berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak memikirkan mengenai perkara tersebut.

Tambahan pula, katanya, pementasan teater ini tidak dibiayai oleh Datuk Boy Iman yang juga salah seorang lembaga pengarah syarikat.

IKLAN

Apa Kaitan Boy Iman Dengan Kontena 404?

“Sememangnya, semua orang tahu atas nama DBI Entertainment adalah satu nama yang sedang ditularkan hari ini.

 

“Tapi, untuk pengurusan ini, kita tidak mendapat source daripada orang yang sedang ditularkan dan saya harap semua faham,” katanya dalam sidang media pementasan teater tersebut, hari ini.

Pun begitu, katanya, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mendedahkan identiti individu yang menaja pembikinan teater tersebut yang dikhabarkan berjumlah kira-kira RM100,000.

IKLAN

“Selain dia (Boy Iman), kita juga ada lembaga pengarah yang lain. Cuma, kita terpaksa merahsiakan identitinya di atas permintaan pihak terbabit.

 

“Tapi, kita akan mengumumkan identitinya hanya pada hari akhir pementasan teater itu nanti.

 

“Jadi, walau apapun terjadi, pementasan teater ini tetap akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini 45 peratus tiket sudahpun terjual,” katanya.

Apa Kaitan Boy Iman Dengan Kontena 404?

IKLAN

Teater Kontena 404 diarahkan oleh Raja Azrey dan dibintangi oleh Tauke Jambu, Miera Leyana, Adam AF, Izreen Azminda dan Rani Kulup serta bakal dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 22 Oktober depan.

Teks oleh: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI