????????????????????????????????????

Ditanya mengenai apakah pandangannya apabila ada sesetengah pelakon baru yang dianggap ‘kayu’, Anzalna mempunyai pandangannya sendiri.

Ujar aktres genit ini, dia tidak pernah merasakan seseorang pelakon baru itu terjun ke dunia lakonan dan terus menjadi hebat.

Sebaliknya, lakonan adalah suatu proses pembelajaran yang seterusnya mematangkan diri pelakon tersebut untuk memberikan yang terbaik.

“Bagi saya, buat apa saja kerja pun, kita lakukan ia bermula dari bawah. Jadi untuk capai apa yang disasarkan, kita kenalah belajar dan terus belajar. Sama juga dalam lakonan, sebagai pelakon baru, mereka tiada pengalaman di set.

 

“Malah kalau saya berlakon dengan muka baru sekalipun, saya cuba faham situasi mereka sebab saya pun pernah berada di tempat mereka. Its okay untuk shoot banyak take pun sebab dari situlah, mereka akan belajar.

 

“Jadi bagi saya, tidak adil untuk mengadili seseorang pelakon itu ‘kayu’ atau tidak. Berikan mereka masa untuk membuktikan sesuatu,” katanya yang turut memberi pesan buat pendatang baru agar turut menyertai kelas lakonan andai mahu terus berjaya dalam dunia lakonan.

Dalam perkembangan lain, Anzalna kini sibuk di lokasi penggambaran drama 100 episod berjudul Dendam Aurora yang bakal ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi.

IKLAN

Tambah Anzalna, Dendan Aurora merupakan sebuah lagi drama adaptasi dari negara luar yang dilakonkannya.

“Sebelum ini saya terlibat dalam Memori Cinta Suraya yang naskhahnya diangkat dari sebuah telenovela Mexico dan kali ini, Dendam Aurora pula merupakan drama adaptasi Itali,” terang Anzalna yang nyata gembira kerana diberi peluang terlibat di dalam drama panjang tersebut.

Bintang lain yang turut terlibat di dalam drama tersebut ialah Nabila Huda, Zila Bakarin dan ramai lagi.

IKLAN

Anzalna ditemui Media Hiburan di pelancaran saluran TV membeli-belah terbaru, Laku Mall yang bersiaran menerusi Hypptv bermula 1 Jun lalu.

IKLAN

Bercerita mengenai penglibatannya dalam drama tersebut dengan lanjut, Anzalna akui lebih selesa untuk berlakon dalam sebuah drama panjang berbanding telemovie kerana pendedahan yang bakal diterimanya apabila ia disiarkan kelak.

“Jujurnya saya rasa seronok. Mungkin kerana pengalaman terlibat dalam Memori Cinta Suraya sebanyak 137 episod memberi satu pengalaman berbeza,”terangnya.

https://www.youtube.com/watch?v=jUfGgLySAK0

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI