Baru-baru ini seorang individu dipercayai di negara Jepun telah berkongsi sebuah video gelagat seekor anjing betina memarahi seekor anjing lain kerana mengusik tiga ekor anaknya yang sedang tidur
Menerusi video perkongsian berdurasi 2 minit itu di YouTube, video yang bertajuk ‘A dad was scolded’ telah ditonton sebanyak 1.7 Juta.
Seperti yang ditonton, dalam video tersebut ibu kepada anak-anak anjing ini telah memarahi si bapa yang mengganggu anak-anak mereka.
Ekspresi ketakutan terlihat dari wajah anjing jantan tersebut yang sembunyi di dalam sangkar.
Setiap kali si bapa mahu keluar dari sangkar, si ibu akan mula mengeluarkan suara dan anjing itu akan segera masuk ke dalam sangkar semula.
Rata-rata netizen menyifatkan anjing tersebut juga ada persamaannya dengan kehidupan manusia.
“Wow! Mommy doggy is furious at her husband!!!! It is obvious who wears the pants in the house!! I wonder how long it took for her to forgive him…lol!It was Just like seeing the human family!!”
Jom tonton video ini, pasti anda tergelak melihat gelagat anjing ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Jadi Anak Soleh, Pemain Bola Terkenal,” – Eyra Hazali Bakal Timang ‘Baby Boy’, Suami Yang Paling Teruja!
Teka-teki terjawab sudah apabila pelakon, Eyra Hazali dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli mendedahkan jantina anak dalam kandungannya.
Perkara itu dikonsgikan Eyra di Instagram miliknya yang dikemas kini.
“It’s a boy ! Alhamdulillah,Mama and Papa cant wait to meet you! Papa paling excited sebab ada geng sampai baju tu custom made.
“Im still your Baby girl okay @haziqnadzli #30weekspregnant,” tulisnya.
Foto tersebut dirakam pasangan selebriti itu sambil menunjukkan pakaian kanak-kanak yang ditempah khas tulisan ‘its a boy’ tertera di bahagian hadapan baju.
Terdahulu, Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019.
Kami di MH mendoakan agar urusan bersalin Eyra dipermudahkan.
View this post on InstagramA post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
View this post on InstagramSelamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 💛 #26weekspregnant
A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
Foto : Instagram Eyra Hazali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Comel Sangat Ni?,” – Siti Kongsi Video Datuk K Main TikTok, Peminat Terhibur!
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza ada berkongsi satu rakaman video memaparkan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang dilihat sedang bermain aplikasi TikTok.
Perkongsian tersebut dikongsi oleh penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu menerusi akaun media sosial Instagram miliknya bersempena ulang tanun kelahiran suaminya yang ke-62.
“Sempena birthday, mari kita tanya soalan jujur pada birthday boy & bff DS @din.meranun #kenapaksabuattiktok #takutisteriyek,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa terhibur selepas menonton rakaman video yang berdurasi 56 saat itu.
Sekadar informasi, Siti selamat bergelar ibu selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006.
Pada 1 Disember lalu, bintang ini turut mengumumkan kehamilan kedua yang kini sudah mencecah usia 6 bulan.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Balik Shooting, Depan Rumah Dapat…,” – Elizad Nak Menangis, Michael Ang Dalam Diam Hadiahkan Set Pinggan Mangkuk
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin berkongsi berita gembira apabila menerima bingkisan hadiah berupa pinggan mangguk corak flora daripada Michael Ang.
Jelas Elizad dia tidak menyangka akan menerima pemberian berkenaan kerana dia hanya bertanya di mana boleh set tersebut kepada pengarah tersebut pada awalnya.
View this post on InstagramA post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
“Minggu lepas tya @michaelang38 mane beli pinggan mangkuk klasik sbb mencari & suka simpan. Tibe2 balik shooting mlm ni, depan umah dapat gift.
“Thank U so much maderr ! Sygggg mu teroxxx2! Moga mu murah rezeki selalu & dikelilingi org yg baik2.
“Awww Ok dah, nak susun2 pinggan mangkuk mlm ni. Mimpi indah. (Mike pesan jgn mention nama dia ! Hahahahha),” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi video pendek yang turut dikongsi, Elizad rasa terkejut kerana set yang diberi dalam kuantiti yang banyak.
“Thank you so much Mike. Ya Allah ya tuhanku… Aku nak menangis. Terima kasih… Ya Allah banyaknya. Orang minta couple set je pun,” kata Elizad.
Serentak dengan perkongsian tersebut, warga maya turut tumpang sama gembira dan memuji hubungan yang terjalin di antara dua selebriti berkenaan.
Foto: Instagram Elizad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI