Pelakon yang kini semakin mendapat tempat di hati peminat-peminatnya, Shukri Yahaya telah membuat laporan polis berhubung perkara yang mengatakan dirinya telah menggoda seorang gadis di laman sosial.

Rentetan daripada kejadian yang tular itu, Shukri mengambil keputusan untuk mengadukan hal ini kepada polis bagi mempertahankan dirinya dan juga nama keluarganya daripada terus tercalar.

“Saya malas hendak memanjangkan isu ini. Kalau perkara ini timbul semula, saya akan mengambil tindakan seterusnya terhadap individu terbabit.

 

“Saya langsung tidak mengenali wanita berkenaan dan apabila isu ini timbul, ia membuatkan saya rasa tertekan.

 

“Pada mulanya, saya menyangka tiada apa-apa yang berlaku, tetapi apabila perkara ini menjadi besar seperti ini, saya perlu mempertahankan diri,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Terdahulu, seorang gadis yang dikenali sebagai Sarah Danielle telah menyebarkan screenshot di mana seorang lelaki cuba menggodanya menerusi aplikasi WeChat.

IKLAN

Menurut Sarah, lelaki itu telah meminta dia untuk menayangkan bahagian sulit dirinya kepada lelaki yang dikatakan sebagai Shukri.

Angkara Gadis WeChat, Syukri Yahaya Buat Laporan Polis

IKLAN

“Saya tidak mahu orang bercerita perkara tak sedap didengar mengenai diri saya. Malah, saya sendiri malas nak ambil tahu cerita sebegini, apabila ada rakan artis lain yang terkait. Namun, apabila terkena pada diri sendiri, baru saya tahu macam mana rasanya,” kata Shukri.

Walau bagaimanapun, Shukri mengambil perkara ini dari sudut positif kerana baginya sebagai seorang artis pasti akan ada beberapa perkara yang tidak diingini akan dikaitkan dengannya.

IKLAN

Shukri juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak yang cuba untuk merosakkan namanya.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI