Angelina Jolie, aktres terkenal Hollywood dan juga sukarelawan UNHCR menerusi laporan El News, kini dikatakan banyak menghadapi banyak masalah selepas mengambil keputusan bercerai dengan suaminya, Brad Pitt.

Perceraian dengan pelakon terkenal Brad Pitt dikhabarkan memberi pengaruh besar dalam kehidupan aktres jelita Hollywood ini lebih-lebih lagi dia membesarkan enam anaknya sendiri .

Kini Angelina dikatakan menghadapi kesukaran untuk membesarkan enam orang anaknya Maddox Jolie-Pitt, Pax Jolie-Pitt, Zahara Jolie-Pitt, Shiloh Jolie-Pitt, Knox Jolie-Pitt and Vivienne Jolie-Pitt kerana mengalami masalah kewangan.

“Angelina mengalami masalah kewangan selepas dia mengeluarkan banyak wang untuk membiayai proses perceraiannya.”


“Dia juga sangat boros berbelanja dia juga tidak banyak simpanan menerusi pendapatanya sebagai pengarah. Jadi dia ingin kembali menjadi pelakon sebelum tawaran semakin berkurangan,” kata sebuah sumber.

Menurut sumber lagi, Angelina juga kesal kerana menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Murder On The Orient Express

Dalam perkembangan lain, Angelina baru sahaja selesai dengan projek Netflix bertajuk First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers.

IKLAN

Menerusi filem ini, dia bukan sahaja sebagai seorang pengarah, malah penulis skrip untuk naskhah tersebut.

Angelina, 42, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah dengan alasan tiada persefahaman dengan Brad Pitt dan sah bercerai September 2016.Dari perkahwinan selama 11 tahun,mereka memiliki 3 anak angkat, Maddox Chivan Jolie-Pitt berasal dari Kemboja, Pax Thien Jolie-Pitt dari Vietnam dan Zahara Marley Jolie-Pitt berasal dari Ethiopia serta 3 anak kandung mereka Shiloh Nouvel Jolie-Pitt dan si kembar Knox Léon Jolie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt.

Angelina Jolie Hadapi Masalah Kewangan

IKLAN

Angelina Jolie Hadapi Masalah Kewangan

Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas tinggal bersama selama 10 tahun.

IKLAN

Kini,Semua keenam-enam anak mereka dibawah jagaan Angelina.

Sumber: El News

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI