Kisah percutian yang melibatkan Neelofa, Fattah Amin dan Fazura di sebuah destinasi pelancongan beberapa minggu lalu memberi pelbagai spekulasi, khasnya dari netizen.

Katanya, terdapat sedikit salah faham mengenai percutiannya selama beberapa hari di Koh Samui, Thailand baru-baru ini.

IKLAN

Terdahulu, bintang Hero Seorang Cinderella ini, dia sudah pun memberikan kenyataan berhubung perkara itu sebelum ini bagi menjelaskan kedudukan sebenar agar tidak timbul lagi sebarang andaian yang boleh menimbulkan kekeliruan.

IKLAN

IKLAN

“Sebenarnya salah faham, mereka tidak tahu. Saya ke sana atas urusan kerja, holiday dan brainstorm sebelum mulakan penggambaran drama terbaru, Wanita Terindah. Selain itu kami pun lakukan pengambaran untuk sebuah majalah digital. Itu yang orang tidak tahu.

 

“Untuk beberapa hari yang tidak panjang itu, saya dah plan untuk tidak upload di sosial media, sehinggalah timbul statement atau andaian yang berbaur fitnah. Saya terus rasa ‘alamak’ dan terpanggil untuk berikan kenyataan.

 

“Tapi mungkin orang tidak tahu, jadi kita keluarkan gambar dan berikan kenyataan, jadi peminat tahu dan aware mengenai percutian tersebut,” luah Fattah yang ditemui di majlis rumah terbuka bersama para peminat bertuahnya bersama F&N Seasons di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul, Ahad lalu.

Pada masa sama, bekas pemenang Hero Remaja itu juga tidak gemar memanjangkan kenyataan berkaitan dengan kontroversi yang telah mencetuskan perbalahan di kalangan peminat, khasnya di laman sosial.

“Cukuplah saya dengan kenyataan sebelum ini. Kalau saya cakap lagi, nanti akan banyak definasi lalu menimbulkan lebih banyak kekeliruan,” terang Fattah yang kini sibuk dengan penggambaran supertele, Wanita Terindah bersama Fazura, terbitan produksi Red Communications dan pihak pengurusannya, Fastyleasia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI