Isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana memberitahu bahawa anak lelakinya, Syaikhul Islam yang kini berusia dua bulan terkena demam campak.

Perkara itu disahkan oleh Sarah selepas anaknya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Syaikhul islam secara rasminya sudah berusia dua bulan hari ini. Kesian baby kena demam campak tapi mama tahu awak kuat dan sangat istimewa kan sayang?

Anak Syamsul Yusof Kena Demam Campak

 

Pasangan itu juga telah memuat naik gambar comel Syaikhul di instagram milik anaknya sendiri, syaikulislam2017 dengan kapsyen ‘Semoga Syaikhul Islam cepat sembuh dari chicken pox,amin..’

IKLAN

Ramai peminat meluahkan rasa geram dengan kecomelan Syaikhul dan berharap anak sulung mereka segera sembuh.

Anak Syamsul Yusof Kena Demam Campak

Kebanjiran akaun Instagram palsu anak kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam membuatkan Syamsul nekad membuka akaun rasmi untuk anaknya itu syaikulislam2017.

IKLAN

Syaikhul Islam b mohd  Shamsul kini mempunyai 64 ribu pengikut di Instagramnya.

Kata Sarah, dia berharap anak kesayangannya cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

IKLAN

“Walaupun terkena deman campak tapi selera awak tetap ada, tidur pun nyenyak. Mungkin itulah rahmat bulan Ramadhan ini. Insha Allah semuanya okay. #doccakaptakbolehminumairkelapa #inshallahsembuh,” tulisnya menerusi entri terbaru di Instagramnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan beberapa petua untuk menghilangkan deman campak.

Terdahulu, Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pada 19 April 2017 yang lalu.

Anak Syamsul Yusof Kena Demam Campak

Sumber : Instagram Puteri Sarah dan Syaikul Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI